Saturday, June 11, 2011

Bantuan Baja untuk petani...

Haji Zakaria Abd.Rahman (lima dari kanan) wakil kepada YB Haji Khazan menyampaikan sumbangan baja kepada para pengerusi JKKK yang menjadi wakil kepada para pertani terlibat sambil diperhatikan oleh Pengurus Besar PPK Maras/Batu Rakit (tiga dari kanan) dan Penghulu Mukim Batu Rakit Bukit Chempaka (dua dari kanan)

BATU RAKIT (MARAS) 9hb Jun 2011- Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dengan kerjasama Ptertubuhan Peladang Kawasan Maras / Batu Rakit (PPK) telah mendadakan Majlis Bantuan Baja dan Biji Benih Tembikai kepada 110 orang para petani disini hari ini. Para petani yang terlibat adalah dari Peti Undi Darat Batu Rakit,Bukit Chempaka,Mengabang Lekor dan juga Bukit Wan.

Para petani sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Mohd.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Mohd selaku Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit,beliau mengucapkan terima kasih kepada para petani yang hadir menjayakan majlis tersebut. Salam takzim daripada YB Haji Khazan Che Mat turut disampaikan kepada para petani yang hadir kerana beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau juga turut memberitahu bahawa peruntukkan baja yang diberi pada hari ini adalah sumbangan daripada pihak YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit. Beliau juga berharap agar para petani tidak mudah melatah dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada pihak YB Haji Khazan. "Banyak sudah bantuan dan peruntukkan telah diberi oleh pihak kerajaan dan wakil rakyat demi kesenangan dan kemudahan para petani dan juga penduduk kampung" kata beliau lagi. Harapan beliau juga agar setiap para petani sentiasa memberikan sokongan setiap kali program-program Pusat Khidmat Dun diadakan. Dengan kerjasama yang diberikan ianya dapat memudahkan segala permohonan daripada para petani untuk diluluskan. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak PPK Maras/Batu Rakit kerana sentiasa memberikan komitmen yang baik pada program-program yang dilakukan oleh pihak YB Haji Khazan Che Mat.

Dari kiri ke kanan, Penghulu Mukim Batu Rakit Bukit Cempaka Encik Khairul Anuar Hasyim,Haji Kamaruddin Mohd (berdiri),Haji Zakaria Abd.Rahman dan Pengurus Besar PPK Maras/Batu Rakit Syed Nadzuan Syed Jaafar.

Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Maras/Batu Rakit Encik Syed Nadzuan Syed Jaafar (gambar kecil),beliau berharap agar lebih ramai para petani didalam kawasan Dun Batu Rakit ini dapat mendaftar sebagai ahli PPK. Pelbagai faedah dan kemudahan yang telah disediakan oleh PPK demi menanbah pendpatan para petani. Beliau juga turut berharap agar lebih ramai para petani muda baik dikalangan lelaki atau wanita menceburi bidang ini. Bagi beliau kerajaan sentiasa memberikan pelbagai kemudahan demi meningkatkan taraf hidup para petani.
Beliau turut memberitahu bahawa seramai 2,900 orang para petani telah mendaftar sebagi ahli PKK di seluruh Terengganu.Dan sebagai ahli PPK,para petani tersebut akan dapat menikmati pelbagai skim yang telah disediakan oleh PPK. Contoh skim yang disediakan oleh pihak PPK ialah seperti Skim Menambah Pendapatan dengan setiap para peserta diberikan suntikan modal sebanyak RM10,000.00. Skim ini juga turut mendapat kerjasama dari IKS. Beliau juga turut memaklumkan bahawa segala peluang yang disediakan oleh kerajaan perlulah direbut oleh setiap para petani demi menuingkatkan lagi taraf kehidupan mereka. Diakhir ucapan beliau,beliau juga berjanji akan memberikan segala kerjasama kepada pihak YB Dun Batu Rakit dan juga para petani yang bermasaalah.

Petani wanita turut hadir mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Besar PPK Maras/Batu Rakit.

Majlis yang diadakan di Pertubuhan Peladang Kawasan Maras/Batu Rakit ini juga turut dihadiri oleh wakil YB Haji Khazan iaitu Haji Zakaria Abd. Rahman dan juga Penghulu Mukim Batu Rakit Bukit Cempaka Encik Khairul Anuar Hasyim. Para pengerusi bagi peti-peti undi yang terlibat juga turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang ini berakhir pada jam 5.00 petang.

Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment