Sunday, June 26, 2011

FUTSAL JIRAN MUDA WAKAF CHAGAK

DSC_0252[2]

oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 26 JUN – Jiran Muda, KRT Wakaf Chagak telah mengadakan perlawanan futsal sebagai aktiviti bagi merapatkan hubungan sesama mereka pada 24 Jun baru-baru ini bertempat di Gelanggang Futsal RAKR Mengabang Lekor dekat sini.

SAM_0651
      Pengerusi Jiran Muda, Muhammad Hilmi Mohamad memberitahu program julung kali ini dapat diadakan hasil sokongan padu daripada JKKK bersama KRT Wakaf Chagak. Sebanyak 6 pasukan telah dapat dicungkil bakat mereka pada malam tersebut. Setiap pasukan seramai 6 orang termasuk pemain simpanan.
SAM_0655
      Perlawanan ini diadakan secara liga dan dibahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan A ialah Wakaf Chagak FC, Kubur Timah B dan Polo WW. Manakala Kubur Timah A, Ngabang Fc dan Waburtap FC berada dalam kumpulan B. Permainan sepakmula telah diadakan tepat jam 9.00 malam dan berakhir pada jam12.00 malam.
SAM_0654
      Pasukan Wakaf Chagak FC telah diistihar juara keseluruhan sesudah dapat menewaskan pasukan Kubur Timah A dengan 4 gol berbalas 3 gol. Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh pasukan Kubur Timah B dan Ngabang FC.
DSC_0253[1]

No comments:

Post a Comment