Friday, June 10, 2011

GELANGGANG RM150 RIBU ….

Futsal Gong Lingai 016
KENANGAN - Pasukan Futsal bersama Ahli Parlimen Setiu
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 10 JUN – Gelanggang futsal bernilai RM150 ribu di Kg Gong Lingai dekat sini telah selamat dirasmikan petang tadi. Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah menyempurnakan majlis berkenaan.

Futsal Gong Lingai 013
TANDATANGAN - Dato Mohd Jidin menandatangan di tugu futsal
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu memberitahu gelanggang tersebut adalah peruntukan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan. Turut hadir pada majlis petang tadi Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Ketua Polis Balai, Balai Polis Batu Rakit, Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan pengerusi-pengerusi JKKK dalam kawasan DUN Batu Rakit.
Futsal Gong Lingai 020
TETAMU - sebahagian wakil jemputan menjamu selera
Sebaik saja selesai majlis ucapan perasmian, Pertandingan Akhir Futsal dan Bola Jaring telah diadakan. Manakala pada sebelah pagi acara sukaneka telah diadakan sebelum itu. dan diserikan majlis dikir barat pada sebelah malam.
Futsal Gong Lingai 017
Pasukan bolajaring Kg Gong Lingai
Pengerusi JKKK Gong Lingai, Muhammad Mat Ali berkata sebagai mewakili masyarakat kampung, ucapan terima kasih kepada kerajaan persekutuan melalui sokongan Ahli Parlimen Setiu apa yang diharapkan oleh penduduk khususnya di kalangan remaja sekian lama telah tercapai. Tidak lupa juga sumbangan semua pihak termasuk Persatuan Belia Daerah Setiu atas sumbangan peralatan sukan.
Futsal Gong Lingai 011

Sebelum acara berakhir, Dato Ahli Parlimen Setiu telah mengarahkan diberi percuma selama sebulan untuk kemudahan remaja tempatan. Selepas itu, pihak JKKK dibolehkan mengutip sedikit bayaran bagi mengisi tabung pengurusan JKKK.
Futsal Gong Lingai 018

No comments:

Post a Comment