Sunday, June 26, 2011

MEREMAJAKAN UNIT PELADANG

SAM_0680
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 26 Jun - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Haji Abdul Rahin Dato’ Mohd Said telah bersetuju memberi peruntukan khas kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maras/Batu Rakit dalam membantu aktiviti di kalangan ahli-ahli remaja di bawah anjuran pertubuhan berkenaan.

SAM_0678
Beliau berkata demikian, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung PPK Maras/Batu Rakit kali ke 30 pada 25 Jun 2011 di Institut Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit dekat sini. Beliau ADUN Teluk Pasu adalah salah seorang daripada ahli di unit peladang Kg Binjai, Tepoh.
SAM_0670
Sebelum itu, pengerusi PPK Maras/Batu Rakit, Haji Abd Rahman Salleh menyarankan agar setiap unit peladang agar dapat menambah ahli di kalangan remaja dan sebagai galakan pihak PPK telah bersetuju menganjurkan perlawanan futsal antara unit-unit bagi merapatkan hubungan sesama mereka dan dapat berkenal mesra sebagai pewaris pada masa akan datang.
SAM_0668
Katanya lagi, kini terdapat 30 unit peladang di bawah PPK tersebut. Melalui pengeluaran tanaman kelapa sawit, PPK Maras/Batu Rakit kini telah mencapai keuntungan tahunan melebihi RM500 ribu. Begitu juga dengan pengurusan yang cekap laporan audit sudah 2 tahun berada di kategori audit sifar.

No comments:

Post a Comment