Saturday, June 11, 2011

Minggu Mesra Siswa UNIsZA...

Para pelajar UNIsZA sedang membersihkan tanah perkuburan di Kampung Wakaf Chagak.


BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 9hb Jun 2011- JKKK Wakaf Chatur telah dipilih oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UNIsZA) didalam Dun Batu Rakit sebagai tempat Program Minggu Mesra Siswa yang telah disertai seramai 249 orang para pelajar. Program yang melibatkan seluruh pelajar baru ini juga turut diadakan serentak di Dun Manir dan juga Dun Seberang Takir.

Para AJK JKKK turut sama menjalankan gotong-royong bersama para pelajar.

Dalam program ini para pelajar telah mengadakan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan,surau,masjid,sekolah dan juga menghiasi landskap Kampung Wakaf Chatur. Menurut Pengerusi JKKK Wakaf Chatur Haji Azmi Ali (gambar kecil),beliau amat merasa bangga kerana JKKK Wakaf Chatur telah dipilih untuk terlibat didalam program ini. Disamping dapat menjadikan program ini satu aktiviti untuk JKKK,ianya juga dapat mengeratkan lagi para mahasiswa dengan masyarakat kampung. Program yang bermula jam 8.00 pagi ini dimulakan dengan taklimat yang telah disampaikan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohamad. Dalam taklimat beliau,beliau terlebih dahulu menyampaikan salam takzim daripada YB Haji Khazan Che Mat kerana tidak dapat menghadiri program ini atas tugasan yang telah diamanahkan oleh Menteri Besar. Beliau juga berharap agar para pelajar dapat menggunakan peluang yang diberikan ini untuk mengenali masyarakat setempat dengan sebaik mungkin. "Batu Rakit kini telah menjadi satu destinasi oleh kebanyakkan Universiti untuk mengadakan program baik didalam atau diluar Terengganu.Ini menunjukkan Batu Rakit telah berjaya membawa nama yang baik dikalangan Universiti-universiti di Malaysia"tambah beliau lagi. Beliau juga berharap dimasa akan datang pihak UNIsZA akan terus menggadakan program seumpama ini dan beliau juga akan terus membantu menjayakan program-program seumpama ini dengan sebaik mungkin.

Yang berat sama-sama dipikul untuk meringkan kerja gotong-royong.

Sementara itu bagi Ketua Program Mesra Siswa UNIsZA pula Cik Norhafiza Azmi (gambar kecil),matlamat utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan para siwa dengan masyarakat setempat. "Program seumpama ini sentiasa diadakan untuk para pelajar baru bagi mendidik dan juga untuk mereka lebih berdisiplin" kata beliau. Disamping itu,beliau juga turut menguncapkan terima kasih kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dan juga JKKK Wakaf Chatur kerana membantu menjayakan program ini. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak didalam menjayakan programa ini akan lebih memberikan keyakinan kepada para siswa untuk terus turun padang dimasa hadapan" tambah beliau lagi.
Beliau juga menambah,apa yang penting pada program ini adalah komitmen yang ditunjukkan oleh para siswa untuk sama-sama bergerak didalam masyarakat kampung. Dengan adanya program-program seumpama ini ianya juga dapat menjalinkan persahabatn yang lebih rapat anatara para siswa. "Inilah matlamat dan tujuan program ini diadakan,kerana dikalangan para pelajar ini mereka datang dari seluruh negara. Ianya mungkin sedikit sebanyak berbeza dari segi adat dan cara kehidupan. Mungkin dengan menyertai program seumpama ini para bakal siswa akan dapat menyelami kehidupan yang tidak pernah mereka alami selama ini" ujur Cik Norhafizah lagi.

Para pelajar sedang mendengar taklimat sebelum memulakan gotong-royong.

Program yang berakhir pada jam 12.00 tengahari ini turut dihadiri oleh Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar UNIsZA,para pembantu-pembantu mahasiswa,APMT Dun Batu Rakit dan juga para penduduk sekitar.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment