Wednesday, December 29, 2010

Sorokan Kejayaan diPerkarangan Rumah YB Haji Khazan Che Mat.

Mereka yang hadir meraikan jaringan gol pemain Malaysia.

BATU RAKIT-29hb Disember 2010 Seramai 200 orang telah hadir diperkarangan rumah YB Haji Khazan Che Mat untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan bola sepak Malaysia dalam perlawanan akhir AFF Suzuki Cup. Perlawanan secara langsung yang disiarkan melalui RTM TV1 ini telah ditayangkan menggunakan skrin besar untuk ditonton beramai-ramai.

Tayangan di skrin besar menunjukkan pemain-pemain Malaysia menjulang AFF Suzuki Cup.

Seawal jam 7.30 malam perkarangan rumah YB Haji Khazan Che Mat mula didatangi oleh pelbagai golongan usia semata-mata mahu menonton perlawanan akhir yang bersejarah ini.Dengan sokongan dan semangat sukan yang tinggi pasukan Malaysia telah berjaya memenangi perlawanan ini dengan aggregat 4-2.

Pengerusi JKKK R.A.K.R Mengabang Lekor Haji Kamaruddin Hamed (berdiri) bersemangat memberikan sokongan.

Para pengerusi JKKK,Ketua Balai Polis Batu Rakit Encik Abdullah Yusof,Ketua Pengyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit Azhar Mohd Noor,Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Setiu Abdullah Ibrahim,Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohamad,Pegawai Khas Jabatan Agama dan Penerangan Negeri Encik Hanif Abdullah,Ketua-ketua Umno Cawangan dan para anggota APMT Dun Batu Rakit telah turut sama memeriahkan perlawanan ini.

YB Haji Khazan (tenghah) bersama-sama menonton perlawanan bolasepak Malaysia lawan Indonesia.

Mereka yang hadir melihat perlawanan yang berlangsung di Indonesia ini juga turut disediakan makanan oleh YB Haji Khazan Che Mat.Perlawanan yang diadakan secara timbal balik ini juga kadang-kadang mengundang rasa berdebar dikalangan para penonton bila melihat pasukan Malaysia diserang bertalu-talu oleh pihak lawan.

Tidak kira usia tua atau muda,bersama-sama hadir menyokong pasukan Malaysia.

Sambil-sambil menonton bola sepak,mereka yang hadir juga turut menjamu selera.





Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment