Saturday, December 11, 2010

Perasmian Jentera pilihanraya Pemuda dan Kelab Pemotoran Setiu.

YB Haji Khazan (berbaju vest kiri) dan YB Khairy Jamaluddin (berbaju vest kanan) melaungkan slogan Setiu Boleh bersama-sama ahli kelab motor Setiu.

BATU RAKIT-10hb Disember 2010. Seramai 600 orang ahli Kelab Motor Setiu dari 4 Dun dalam Parlimen Setiu dan penduduk sekitar Batu Rakit telah menghadiri Majlis Perasmian Jentera Pilihanraya Pemuda dan Kelab Pemotoran oleh YB Sdr.Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar diDataran Bestari,Padang Polis Batu Rakit.

YB Haji Khazan menyerahkan sijil selaku penaung Kelab Motor Setiu kepada YB Khairy Jamaluddin.

Majlis yang bermula pukul 3.00 petang ini dimulakan dengan perarakkan motor oleh ahli Kelab Motor Setiu di ketuai sendiri oleh YB Khairy di Sekolah Menengah Batu Rakit Mengabang Lekor.Sampai diDataran Bestari beliau disambut oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Ketua Pemuda Bahagian Setiu,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiu YB Haji Assaari bin Idris (Adun Langkap),Ketua UMNO Terengganu Saiful Bukhari,Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Setiu,Ketua Pemuda Kuala Terengganu Badrul Hisham Mat Zaki dan seluruh pendududuk-penduduk setempat.

Barisan Kepimpinan UMNO dari kiri kekanan: YB Haji Asyaari (Adun Langkap),YB Haji Khazan (Adun Batu Rakit),YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia),Saiful Bahri (Ketua Pemuda UMNO Terengganu) dan Badrulhisham Mat Zaki (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Terengganu).

Acara pertama menyambut ketibaan YB Khairy ialah pencak silat yang dipersembahkan oleh Persatuan Silat Lembah Bidong. Selepas itu kumpulan marhaban Batu Rakit menyerikan dengan lagu marhaban.Kehadiran para pemimpin-pemimpin setempat juga banyak memeriahkan suasana majlis ini.

Sebahagian dari ahli-ahli Kelab Motor Setiu.

Dalam ucapan alu-aluan oleh YB Haji Khazan Che Mat,beliau menyeru agar para pemuda yang menjadi ahli kelab motor nanti agar dapat melaksanakan program-program permotoran dengan sebaik mungkin.Beliau juga menguncapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua mereka yang terlibat menjayakan majlis ini. Walaupun penat tetapi sokongan yang tidak berbelah bagi tetap diberikan bagi menjayakan program ini dengan sempurna.

YB Khairy menampal logo disalah sebuah motor sebagai tanda ahli Kelab Motor Setiu.

Sementara itu dalam ucapan YB Haji Assyari bin Idris selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiu,beliau menyeru golongan muda terus mempertahankan hak-hak orang melayu yang kini banyak pihak cuba menghapuskannya.Ini kerana dengan semangat yang kuat sahaja bangsa melayu dapat bersatu mempertahankan hak-hak mereka dibumi sendiri.Harapan beliau agar pemuda-pemuda bangun dan bangkit seperti mana yang dilakukan oleh para pejuang yang terdahulu.Semoga semangat itu akan berterusan selamanya dengan cara mengekalkan UMNO sebagai sebuah kerajaan selama-lamanya.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dalam ucapan perasmian oleh YB Khairy Jamaluddin pula,beliau banyak menekankan sifat ketuanan melayu yang semakin banyak dicabar oleh pihak pembangkang kini.Kemanakah hilang sifat melayu yang terdapat dalam orang-orang melayu pembangkang yang sanggup bersengkonkol dengan pihak yang mencabar ketuanan pihak melayu.Inilah yang dikatakan melayu yang telah dicucuk hidung oleh pihak tertentu tambahnya YB Khairy lagi.Tiada bantahan atau teguran dari pihak melayu walaupun pihak lain memaikan isu ini hingga membangkitkan teguran dari pihak istana.Ini menunjukkan pihak pembangkang melayu tidak dapat mkemaikan fungsi mereka dengan sebaik mungkin.
beliau menaruh harapan agar pilihanraya yang ke13 nanti UMNO dan Barisan Nasional dapat mempertahankan lagi negara ini dari dikuasai oleh pembangkang.

YB Khairy menyarungkan vest Kelab Motor Setiu kepada YB Haji Khazan sebagai tanda ahli.

Yb Khairy Jamaluddin juga telah dilantik sebagai penaung Kelab Motor Setiu ini.Beliau juga berbesar hati untuk disarungkan vest kelab motor sebagai gimik perasmian oleh YB Haji Kahzan Che Mat.Beliau juga turut menyarungkan vest kelab motor kepada YB Khazan Che Mat selaku ahli Kelab Motor Setiu.

YB Haji Khazan menyarungkan vest Kelab Motor Setiu kepada YB Khairy sebagai Penaung kelab motor.

YB Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan perasmian.

YB Haji Asyaari Idris selaku timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiu turut memberikan ucapan.

Sebahagian ahli Kelab Motor Setiu mendengar ucapan.

Kumpulan marhabban Batu Rakit turut bersama menyambut ketibaan YB Khairy Jamaluddin.

Tradisi melayu pencak silat menjadi salam menyambut ketibaan YB Khairy Jamaluddin.

Pemenang tempat pertama cabutan bertuah bersama hadiah dan Ajk Pemuda UMNO Bahagian Setiu Mohd Iskandar Jaafar.

Pemenang tempat kedua cabutan bertuah bersama AJK Pemuda Bahagian Setiu Mohd Iskandar Jaffar.(kanan)

Majlis yang berakhir jam 5.30 petang ini juga turut menyediakan acara cabutan bertuah dengan hadiah hamper dan peralatan letrik.Pemuda UMNO Bahagian Setiu yang menjadi urusetia penganjur berjaya menjadikan majlis ini dengan sempurna.

Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment