Saturday, January 1, 2011

Ceramah Maal Hijrah Kampung Padang Kemunting.

Ustaz Abdul Halim Awang (kiri) bekas Timbalan Mufti Terengganu menyampaikan ceramah sambil diperhatikan oleh Haji Zakaria Abd.Rahman Pengerusi JKKK Padang Kemunting.

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 1HB JANUARI 2011. Sempena dengan bulan Maal Hijrah 1432 yang baru mendatang,JKKK Padang Kemunting dibawah Pengerusinya Haji Zakaria Abdul Rahman telah mengadakan satu ceramah berkenaan Hijrah di Balairaya Kampung Padang Kemunting.Ceramah ini telah disampaikan oleh bekas Timbalan Mufti Negeri Terengganu iaitu Ustaz Abdul Halim Awang.

Haji Zakaria Abd.Rahman (berdiri) menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abd.Rahman,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penduduk yang sudi hadir pada ceramah ini.Walaupun dibuat pada hari cuti dan waktu persekolahan hampir tiba,kehadiran hampir 300 orang penduduk amat membanggakan beliau.Ucapan terima kasih juga diberikan kepada para Pengerusi-pengerusi JKKK Dun Batu Rakit yang turut sama hadir memberikan sokongan pada ceramah ini.

Bersama-sama menyampaikan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Sementara itu dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Awang,beliau mengajak para ibubapa mencontohi amalan yang dilakukan oleh nabi besar Muhammad S.A.W dalam berhijrah untuk menyampaikan islam kepada kaum quraish.Apa yang penting katanya lagi ialah sikap dalam keluarga kita sendiri,kerana hijrah itu bermula dari dalam diri kita.Beliau menyarankan agar setiap ibubapa banyak memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mereka.Ini kerana akhlak anak-anak sekarang perlu dipandang dengan lebih serius demi menjaga mereka dari terjebak kearah keruntuhan moral.

Kaum ibu tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama mendengar ceramah.

Anak-anak adalah harta yang paling berharga dan sempurna didikan kita terhadap mereka,maka jadi baiklah anak-anak itu begitulah sebaliknya...kata beliau lagi.Dengan keadaan dunia yang semakin canggih dan maju,makin ramai anak-anak kini terjerumus kedalam masaalah sosial.Semakin ramai anak-anak kini sanggup menipu ibubapa mereka demi kepentingan dan nafsu untuk bersuka ria.Inilah yang menjadikan dunia sekarang penuh dengan dosa dan noda....tambah Ustaz Abdul Halim lagi.

Sebahagian para penduduk kampung yang hadir mendengar ceramah Maal Hijrah.

Sikap ibubapa yang terlalu sibuk dan tidak mengambil tahu tentang hala tuju anak-anak mereka juga menyumbang kepada masaalah sosial sekarang ini.Kurang belaian dan kasih sayang dari ibubapa membuatkan anak-anak memberontak untuk mencari sifat itu.Mereka akan bergaul dengan kawan-kawan yang sering mengambil peduli pada mereka.Dan ini akan membuatkan sikap mereka pada ibubapa akan berubah.Perkara inilah yang perlu diambil cakna oleh para ibubapa demi mengelakkan anak-anak menjadi keliru...kata beliau lagi.

Wakil Balai Polis Batu Rakit Pok ku Mat menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Semoga dengan kehadiran tahun baru,beliau menyeru agar para ibubapa bersama-sama memberikan yang terbaik untuk anak-anak dan seterusnya mengurangkan masaalah-masaalah sosial yang berlaku sekarang ini.Tanpa kesedaran yang tinggi dari ibubapa,perkara-perkara ini tidak akan dapat dibendung dengan sepenuhnya.Beliau juga mengahrapkan sikap ibubapa pun turut sama berubah demi melihat anak-anak mereka terus berjaya dimasa akan datang.Tanpa doa dan restu dari ibubapa,anak-anak tidak akan menjadi yang terbaik dan berjaya dalam kehidupan mereka...ujurnya lagi.

Pengerusi JKKK Tanjung Kedepan Encik Jusuh Daud menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Ceramah yang bermula jam 3.00 petang ini juga turut menyediakan cabutan bertuah kepada para penduduk yang hadir.Selepas itu para hadirin telah dibahagikan bubur asyura untuk dibawa pulang.



Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment