Saturday, December 11, 2010

Ketua Pemuda UMNO Malaysia masuk kampung dalam DUN Batu Rakit.

YB Khairy Jamaluddin dan YB Haji Khazan bersama jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Setiu melawat pesakit kronik kencing manis Che Ku Ismail Che Ku Mat (kiri sekali).

BATU RAKIT-10hb November 2010 Sempena lawatan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk merasmikan Majlis Berkhatan dan Kelab Motor Setiu Pergerakan Penyelaras Pemuda DUN Batu Rakit dengan kerjasama 4 buah JKKK di peti undi Maras telah mengadakan program masuk kampung untuk melawat warga tua,pesakit saraf,strok dan kencing manis kronik.

YB Khairy beramah mesra dengan warga tua yang menghampiri usia 100 tahun Esah binti Sulong.

Antara JKKK yang terlibat dalam program ini ialah JKKK Maras,JKKK Hilir Maras,JKKK Wakaf Chatur dan JKKK Balai Maras.Seorang pesakit atau warga tua telah dipilih bagi setiap JKKK yang terlibat.

YB Khairy menyampaikan sumbangan kepada Che Ku Mat.

Bagi JKKK Wakaf Chatur pesakit saraf kronik iatu Encik Kamarudi bin Jusuh telah meraih simpati dari YB Khairy dan YB Haji Khazan.Beliau telah mengalami sakit saraf ini semenjak 6 tahun yang lepas.Beliau sentiasa dibantu oleh keluarga sendiri kerana isterinya yang berkerja di Selangor tidak dibenarkan bertukar di Terengganu.Perkara ini telah mendapat perhatian dari YB Khairy demi kebaikan keluarga ini.

YB Khairy melihat kaki Che Ku Ismail Che Ku Mat salah seorang pesakit kronik kencing manis sambil diperhatikan oleh YB Haji Khazan.

Bagi JKKK Maras pula perjuang UMNO yang telah sama-sama berjuang hingga digelar Ibu UMNO iaitu Puan Aminah Awang yang berusia 75 tahun dan mengalami stroke telah menerima kunjungan YB Khairy dan jawatankuasa Pemuda Bahagian Setiu. Beliau berbangga dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh Puan Aminah demi UMNO dan bangsa melayu.
Sementara itu bagi JKKK Hilir Maras Cik Ku Ismail Che Ku Mat yang menghadapi sakit kencing manis yang kronik telah menerimakunjungan YB Khairy dan YB Haji Khazan.Beliau menceritakan yang kakinya hampir dipotong keran masalah penyakitnya itu.Beliau juga kini telah hilang sumber pendapatan kerana tidak dapat menjalakan kerja seperti biasa iaitu sebagai pemotong rumput.

YB Khairy mendengar cerita Puan Zaiton dengan penuh minat.


Bergambar kenangan bersama keluarga Puan Zaiton.

Bagi JKKK Balai Maras pula warga tua Esah binti Sulong yang mencecah usia 98 tahun telah menerima kunjungan dari YB Khairy dan YB Haji Khazan.Beliu dilahir pada tahun 1913.Faktor usia juga telah menyebabkan pergerakan beliau terbatas dan mengalami masaalah pendengaran yang kurang jelas.Selesai program ini semua rombongan telah menikmati makan tengahri dirumah Pengerusi JKKK Balai Maras iaitu Wan Ismail.


Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment