Tuesday, December 7, 2010

KBESTARI WAKAF CHAGAK SUMBANG RM500.00

SAM_0066
Tekun menunggu giliran untuk dikhatankan

BATU RAKIT – 5 DISEMBER, Komuniti Bestari 1Malaysia Wakaf Chagak, Mukim Batu Rakit telah menyumbang RM500.00 kepada kanak-kanak miskin sempena Majlis Berkhatan Beramai-ramai pada 4 Disember 2010 bertempat di Dewan Bestari Wakaf Chagak dekat sini.
SAM_0065
Encik Mohamad Abdullah, 61 tahun
          Pengerusi Komuniti Bestari 1Malaysia Wakaf Chagak, Encik Mohamad Abdullah, 61 dalam ucapan aluan sempena majlis perasmian program tersebut memberitahu bahawa setiap kanak-kanak yang menyertai program berkhatan pada tahun ini beruntung kerana buat pertama kali pihak jawatankuasa telah bersetuju menyumbang bantuan RM20.00 bagi menampung bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak juru mudim RM50.00 seorang.

SAM_0057
Encik Sapian Haji Dabbal, (berbaju gelap) PPD Kuala Terengganu
       
          Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Encik Sapian Haji Dabbal yang mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Terengganu mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan 8 tahun berturut-turut.
SAM_0061
Sebahagian keluarga bersama anak ketika menunggu giliran
          Beliau berterima kasih kepada pihak petugas khatan (juru mudim) dari Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu atas kerjasama dan sokongan mereka pada setiap tahun.
SAM_0064
PERSIAPAN - petugas sedang menyiapkan tempat berkhatan
          Seramai 7 orang juru mudim di bawah seliaan Haji Adnan Haji Jusoh telah menyediakan ubat-ubatan kepada semua peserta khatan selain peralatan berkaitan.
SAM_0058
DAPAT SUMBANGAN - peserta menerima kain batek
          Majlis diberitahu, pada tahun ini hanya 25 orang kanak-kanak telah dapat dikhatankan berbanding penyertaan sebelum ini pernah mencecah kepada 50 – 75 orang.
SAM_0068
TENANG - peserta ketika dikhatankan
          Manakala Ahli Parlimen Setiu, Dato Haji Mohd Jidin Shafee telah bersetuju menyumbang persalinan kain batek kepada setiap peserta berkhatan.
SAM_0069
PERHATI - Encik Sapian Haji Dabbal sedang melihat kerja-kerja khatan
           Pihak urusetia telah menyediakan sarapan selepas perasmian dan jamuan tengahari hasil sumbangan Jabatan Penerangan Terengganu kepada peserta serta ibubapa. Selain itu, tayangan filem-filem Melayu telah ditayangkan untuk hiburan mereka yang menunggu giliran.
SAM_0067
Suasana dalam bilik tempat berkhatan

No comments:

Post a Comment