Thursday, December 16, 2010

Majlis Berbuka Puasa Sunat Hari Asyura (10 Muharram)

Mereka yang hadir sedang menikmati juadah berbuka.

BATU RAKIT-16hb Disember 2010. Seramai hampir seratus 150 orang telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sunat 10 Muharram yang julung kali diadakan di Dun Batu Rakit.Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit ini telah diadakan di Masjid As-Salam Batu Rakit.

YB Ustaz Haji Khazan mengaminkan doa selepas solat maghrib.

Program yang bermula jam 6.00 petang ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YB Ustaz Haji Khazan Che Mat.Beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada para jemaah yang sudi hadir untuk majlis ini.Ini kerana buat julung kali majlis berbuka puasa untuk puasa sunat diadakan.Dengan kehadiran yang ramai beliau tidak menjangkakan sambutan seperti ini. Beliau mengharapkan majlis-majlis seperti ini akan dapat diadakan lagi dimasa-masa hadapan.

Khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Sementara itu dalam ceramah yang bertajuk Hikmah dan Kelebihan pada 10 Muharram yang disampaikan oleh YB Dato' Haji Embong Awang,beliau banyak menceritakan kelebihan pahala yang didapati apabila kita berpuasa. Beliau yang juga Ahli Dewan Pemangkuan Diraja Negeri Terengganu turut teruja dengan sambutan yang diberikan oleh para penduduk setempat.Bagi beliau majlis ini dianggap berjaya kerana tiada lagi pihak yang mengadakan majlis seperti ini.

Berbuka bersama-sama sebelum mengerjakan solat maghrib.

Turut bersama hadir pada majlis ini ialah Ketua Penyelia APMT Dun Batu Rakit,Ketua Balai Polis Batu Rakit Encik Abdullah bin Yusoff,Pengerusi-pengerusi Jkkk dan Ketua-ketua Cawangan.Bagi Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Ustaz Kamaruddin Mohamad beliau berbangga majlis seumpama ini mendapat sambutan dari masyarakat setempat.Anggota-anggota APMT Dun Batu Rakit dan Ketua-ketua Wanita Cawangan juga hadir untuk memberi sokongan kepada majlis.

YB Ustaz Haji Khazan (kiri) turut sama mendengar ceramah yang disampaikan.

YB Ustaz Haji Khazan menyampaikan sedikit ucapan sebelum ceramah.

YB Dato' Haji Embong bin Awang menyampaikan ceramah.

Para jemaah yang hadir khusyuk mendengar ceramah.

Kaum wanita bersama-sama menjayakan majlis ini.

Bersama-sama menikmati jaudah berbuka.

Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment