Saturday, December 11, 2010

Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Setiu.

Menunggu untuk dikhatankan.

BATU RAKIT-10hb Disember 2010 Seramai 80 kanak-kanak telah menyertai Majlis berkhatan beramai-ramai yang telah diadakan di Dewan Sivik Wakaf Chatur,Maras Batu Rakit yang telah disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi ini telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiu yang diketui oleh YB Haji Khazan bin Che Mat merangkap ADUN Batu Rakit.

Para doktor dan pembantu sedang menjalakan kerja-kerja proses berkhatan.Sementara seorang ayah menenangkan anaknya.

Program yang bermula dengan sambutan oleh paluan kompang dan perarakan bunga mangga oleh pelajar-pelajar sekolah ini telah dihadiri oleh seluruh para ibu bapa para peserta yang terlibat. Perarakan yang bermula di Sekolah Rendah Kebangsaan Maras dan berakhir di Dewan Sivik Wakaf Chatur,Maras,Batu Rakit

Salah seorang peserta tenang semasa dikhatankan.

Turut hadir bersama memeriahkan program ini ialah Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Setiu,Jawatankuasa Penyelaras Pergerakan Pemuda DUN Batu Rakit,Ketua-ketua Cawangan Dun Batu Rakit,Pengerusi-pengerusi JKKK,Pemuda dan Puteri Cawangan serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Pihak Jabatan Kesihatan sedang menjalankan tugas.

Pihak Jabatan Kesihatan juga telah terlibat secara langsung dalam program ini serta pihak polis dan juga bomba.Sebelum majlis berkhatan ini dilakukan,acara pertunjukan pencak silat telah dipentaskan sempena menyambut ketibaan YB Khairy dan rombongan.

Bersedia untuk dikhatankan.

Selepas majlis pemberian nasi semangat oleh YB Khairy dan YB Haji Khazan kepada para peserta,para peserta telah dimandikan oleh pihak bomba pula.Selepas itu,para peserta diundi untuk menentukan angka giliran oleh pihak urusetia.

Sebahagian kaum bapa yang hadir memberi semangat untuk anak-anak yang berkhatan.

Kanak-kanak sedang dimandikan.

Acara memandikan kanak-kanak oleh YB Khairy bersama pihak bomba.

YB Khairy menyampaikan nasi semangat kepada peserta berkhatan bersama YB Haji Khazan Che Mat.

YB Sdr.Khairy Jamaluddin (tiga dari kanan) diarak bersama oleh pembawa bunga mangga ke Dewan Sivik Maras.

Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment