Tuesday, December 7, 2010

Majlis Pelancaran Kelab Bakti Remaja DUN Batu Rakit 2010.

Sebahagian pemuda yang menghadiri majlis itu.


BATU RAKIT-7hb November 2010 Seramai 150 orang pemuda dan puteri dalam Dun Batu Rakit telah menghadiri Majlis Perasmian Penubuhan Kelab Bakti Remaja yang diadakan di dewan GPMS di Mengabang Panjang yang bermula jam 9.00 malam. Majlis ini telah diresmikan oleh YB Ustaz Haji Khazan bin Che Mat.

Dari kiri ke kanan: Setiausaha Kerja Umno Bahagian Setiu Encik Bazlan Abdul Rahman,YB Haji Khazan Che Mat,Encik Khairani dan Ketua Penyelaras Pemuda UMNO Dun Batu Rakit Encik Azhar Mat Noor.

Majlis yang berlangsung secara sederhana ini bermula dengan sedikit ceramah oleh penceramah undangan dari badan bukan kerajaan (NGO) GEMAS iaitu Encik Mohd Khairani.Dalam ucapan beliau banyak menerangkan betapa orang melayu perlu bersatu demi keutuhan bangsa dan negara.Banyak pihak yang cuba menjatuhkan ketuanan melayu dan juga menghapuskan kedaulatan raja-raja melayu kini.
Beliau menyeru agar pemuda dan puteri bersama-sama mempertahankan kerajaan yang sedia ada kini demi menjaga hak melayu agar terus terbela.Kelantangan pihak pembankang untuk menidakkan hak istimewa orang-orang melayu telah menjadi salah satu agenda negara pada masa kini.
Perpecahan dikalangan orang-orang melayu yang kini telah menjadi empat puak juga menandakan orang melayu kini telah tidak bersatu.Ini menyebabkan ada dikalangan mereka yang menggunakan pihak luar sebagai telah cuba merancang untuk menghuru-harakan keamanan yang telah lama dibentuk.
Beliau juga berharap agar para pemuda dan puteri terus bersatu hati untuk bersama-sama menjaga keamanan negara Malaysia.

Encik Khairani (kanan) menerima cenderahati dari YB Ustaz Haji Khazan Che Mat.

Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh YB Ustaz Haji Khazan pula beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.Belaiu juga berharap dengan penubuhan kelab bakti Remaja ini akan terus menyumbangkan pelbagai aktiviti kepada para pemuda dan puteri di dalam Dun Batu Rakit.Belaiu juga meminta agar para pemuda dan puteri menoleh ke belakang untuk sama-sama merenung apa yang telah dilakukan oleh pihak pembankang sepanjang mereka memerintah pada pilihanraya 1999 dahalu.Jadikan apa yang telah berlaku itu sebagai pedoman untuk kita bersama mempertahankan kerajaan yang sedia ada...tambah beliau.
Beliau juga memberitahu apa yang selama ini kerajaan lakukan telah banyak ditiru oleh pihak pembankang demi mengrealisasikan impian mereka untuk berkuasa menjadi pemerintah.Telah banyak fitnah dan janji kosong yang dilakukan oleh pihak pembankang sepanjang mereka memerintah dahulu.

YB Haji Khazan menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Pengerusi JKKK Mengabang Panjang.

Harapan yang beliau mahukan dari pemuda dan puteri Dun Batu Rakit agar terus bersama-sama memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan yang ada sekarang pada pilihanraya ke 13 nanti.Hanya kerajaan yang sedia ada sekarang ini dapat menjamin kedaulantan raja-raja melayu dan juga ketuanan melayu.

Encik Mohd Khairani (kiri)menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Pada majlis ini Setausaha Penyelaras Pemuda Umno DUN Batu Rakit juga telah mengumunkan pertandingan mencipta logo untuk Kelab Bakti Remaja.Pelbagai program akan dijalankan selepas satu mesyuarat perlantikan ahli jawatankuasa yang akan diadakan tidak lama lagi.Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pemuda dan puteri kerana sudi hadir untuk memeriahklan majlis ini.

Ketua Penyelaras Pemuda DUN Azahar Mohd Noor menyampaikan hadiah kepada pemenang

Sementara itu dalam ucapan alu-aluan oleh Ketua Penyelaras Pergerakan UMNO Dun Batu Rakit Encik Azahar Mohd Noor,beliau mengucapkan terimakasih kepada pemuda dan puteri yang sudi hadir pada majlis itu.Ucapan terimakasih juga diberikan kepada YB Ustaz Haji Khazan Che Mat yang tidak jemu-jemu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pemuda.Juga ucapan terimakasih kepada Encik Mohd Khairani keran sudi hadir untuk memberi satu penjelasan tentang nasib orang melayu ketika ini.Belaiu juga berharap agar para pemuda dan puteri mengambil iktibar dan panduan tentang apa yang telah disampaikan oleh Encik Khairani.Dengan tertubuhnya Kelab Bakti Remaja Dun Batu Rakit ini,akan memberikan satu pulangan yang terbaik untuk para pemuda dan puteri..tambahnya lagi.

Sebahagian para puteri yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Untuk memeriahkan majlis ini cabutan nama bertuah telah diadakan.Turut bersama-sama hadir pada majlis ini ialah Ketua UMNO Cawangan dan Pengerusi JKKK Mengabang Panjang. Majlis ini berakhir pada jam 11.30 malam dengan jamuan ringan telah diadakan dikanti Dewan GPMS ini.

Encik Mohd Khairani menyampaikan ucapan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment