Monday, December 20, 2010

Program Malam Nur Hijrah 1432H.

Kumpulan Rabbani mengadakan persembahan nasyid.


BATU RAKIT-20hb Disember 2010 Bertempat di Hadapan Pasar Maras Batu Rakit,hampir 2,000 orang telah hadir pada Program Malam Nur Hijrah 1432H untuk menyaksikan persembahan Kumpulan nasyid terkenal diMalaysia iaitu Rabbani.Program yang dibawa oleh Jabatan Agama dan Penerangan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit ini telah berjaya mendapat sambutan dari penduduk Dun Batu Rakit.

YB Haji Khazan bergambar kenangan dengan Kumpulan Rabbani.

Terdapat pelbagai acara sampingan yang telah disediakan oleh Jabatan Agama dan Penerangan Negeri untuk memeriahkan lagi program ini. Antaranya ilah persembahan dikir barat oleh kanak-kanak Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kemunting,bacaan sajak bertajuk Nur Kasih oleh Puteri UMNO,Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah peringkat Dun Batu Rakit dan juga cabutan nombor bertuah.

YB Haji Khazan Che Mat menyampaikan ucapan perasmian dan alu-aluan.

Sementara itu dalam ucapan alu-aluan dan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat,beliau amat berbangga dengan segala usaha yang dilakukan oleh semua pihak yang terlibat demi untuk melihat program ini berjaya.Ucapan terimakasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terbabit kerana dapat menlaksanakan tugas masing-masing dengan sempurna.Beliau juga berharap agar program seumpama ini akan dapat dilakukan lagi pada masa yang akan datang.Ucapan terimakasih juga beliau hulurkan kepada seluruh para penonton yang hadir kerana memberi sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap program yang bercorak keagamaan.

Seorang penonton menerima hadiah cabutan bertuah dari YB Haji Khazan Che Mat.

Sementara itu anugerah bagi Tokoh Ma'al Hijrah peringkat Dun Batu Rakit telah diberikan kepada Tuan Haji Mustapha bin Yusof.Beliau merupakan seorang guru mengajar mengaji al-quran dan berasal dari Kampung Tanjung Batu Rakit.Kegigihan dan ketabahan beliau dalam membesar serta mendidik anak-anak telah berjaya menjadikan beliau seorang yang disegani dikalangan penduduk setempat.Tambahan pula beliau telah membina sebuah surau dikampung tersebut.

Haji Mustapha Yusof menerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Dun Batu Rakit dari YB Haji Khazan Che Mat.

Program yang bermula jam 9.00 malam ini dimulakan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Rabbani dan berakhir pada pukul 11.15 malam.Para pemimpin masyarakat seperti Ketua-ketua Umno Cawangan,Pengerusi-pengerusi JKKK,Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak serta Pemuda dan Puteri Dun turut bersama memeriahkan program ini.

Ketua Balai Polis Batu Rakit Encik Abdullah Yusof (kanan) sedang mencabut nombor bertuah.

Peserta sedang mendelamasi sajak Nur Kasih.

Pasukan dikir barat dari Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kemunting mempersembahkan dikir barat.

Para penonton yang hadir menyaksikan persembahan Malam Nur Hijrah.

Para pembantu APMT DUN Batu Rakit sedang menyiapkan pentas untuk persembahan Malam Nur Hijrah.




Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment