Tuesday, December 28, 2010

Kecemerlangan para pelajar UPSR 2010 Dun Batu Rakit dirai dan diberikan anugerah.

YB Haji Khazan menyampaikan anugerah dan sedikit sumbangan kepada para pelajar cemerlang.

BATU RAKIT-28hb Disember 2010 Seramai 64 orang para pelajar yang cemerlang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2010 baru-baru ini telah dirai dan diberikan anugerah oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit. Majlis yang diadakan diDewan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekor ini telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat.

Pelajar terseyum bangga menerima penhargaan dari YB Haji Khazan.

Program yang bermula jam 9.30 pagi ini telah dihadiri oleh seramai 200 orang termasuk para ibubapa pelajar yang akan menerima anugerah,para Pengerusi JKKK,Ketua-ketua cawangan dan Apmt Dun Batu Rakit. Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Maras seramai 14 orang,Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka juga seramai 14 orang,Sekolah Kebangsaan Batu Rakit 10 orang,Sekolah Kebangsaan Pagar Besi 9 orang,Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit 7 orang, Sekolah Kebangsaan Bukit Wan 6 orang dan Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting 4 orang.
Setiap pelajar yang cemerlang telah diberikan wang tunai sebanyak RM50.00 dan sedikit cenderahati. Manakala untuk sekolah yang cemerlang pula iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka dan Sekolah Kebangsaan Maras telah diberikan wang tunai sebanyak RM1,OOO.OO bagi setiap sebuah sekolah.

Ceria menerima anugarah dari YB Haji Khazan Che Mat.

Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat,beliau amat berbangga kerana negeri Terengganu berjaya mencatatkan kerjayaan tempat pertama UPSR selama 10 tahun berturut-turut.Ini menunjukkan para ibubapa dinegeri Terengganu telah menunjukkan satu perubahan sikap terhadap pelajaran anak-anak mereka.Beliau juga berharap perubahan sikap yang positif demi kebaikkan dan masa depan yang cemerlang untuk anak-anak akan berterusan selamanya.Bertetapan dengan sikap kerajaan negeri yang sentiasa memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk agenda pelajaran.

Sebahagian para pelajar yang akan menerima anugaerah cemerlang.

Sikap yang ditunjukkan oleh para ibubapa ini juga diharapkan akan dapat melahirkan lebih ramai anak-anak jati Terengganu berjaya menjadi orang-orang yang berilmu suatu hari nanti..tambah beliau lagi.Beliau juga mengharapkan agar keinginan kerajaan negeri menjadi negeri Anjung Ilmu akan menjadi keyataan dalam tempoh yang terdekat.Peningkatan mereka yang berjaya juga telah dalam UPSR ini juga telah menjadikan negeri Terengganu sebagai negeri contoh dikalangan negeri-negeri lain di Malaysia.

YB Haji Khazan (dua dari kiri) bersama-sama dengan para jemputan vip.

Mengakhiri ucapan beliau,ucapan terima kasih diberikan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis anugerah ini,juga kepada ibubapa,guru-guru dan para pemimpin masyarakat setempat kerana sentiasa memberikan kerjasama pada setiap program yang dilakukan pleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit.Ucapan tahniah juga dihulurkan kepada para pelajar yang cemerlang dengan harapan mereka akan terus berjaya dengan sebaik mungkin suatu hari nanti.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan perasmian.





Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment