Tuesday, November 23, 2010

Program Hari Keluarga 1 Malaysia

Penulis (berbaju biru) menerima hadiah dari Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat sambil diperhatikan oleh Pengerusi MPWK Hajjah Wan Maznah Wan Nong (tengah)

BATU RAKIT-20HB NOVEMBER 2010 Bertempat di Perkarangan Kelab Belia Tenaga Remaja Pantai Batu Rakit (KBTR), satu program Hari Keluarga telah dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wanita (MPWK) Parlimen Setiu telah diadakan.Program yang bertujuan mengeratkan lagi sikap kasih sayang antara satu sama lain dalam keluarga ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dari seluruh Dun Batu Rakit.Seramai lebih dari 300 orang telah bersama-sama memeriahkan program ini.

Peserta dari kaum Cina menerima hadiah cabutan bertuah dari Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat.

Pelbagai acara sukan dari peringkat kanak-kanak 3 tahun sehingga kepada warga emas telah diadakan dalam program ini.Ianya bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 7.00 petang.Antara acara sukan yang diadakan ialah isi air dalam botol,lari dalam guni,boling kelapa,raut lidi,rebut kerusi,balingan kasih berpasangan,cari barang tersembunyi,bawa bola ping pong dalam sudu,jalan atas batu bata dan juga acara junjung buku.Pertandingan memasak bagi kaum ibu dan mewarna untuk kanak-kanak tadika juga diadakan.

Dari kiri ke kanan Hajjah Wan Maznah.Puan Nik Aini, Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan dan Harun Mohamad.

Program ini telah juga menarik penyertaan Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat untuk bersama menyertai pertandingan iaitu acara balingan kasih berpasangan.Beliau dan pasangannya Ketua Umno Cawangan Pantai Batu Rakit Encik Harun Mohamad telah berjaya menjadi juara dalam acara tersebut.Pelbagai pihak dari kalanhan Wanita dan Pemuda Cawangan telah bersama-sama menjayakan program ini.

Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan turut sama menyertai acara balingan kasih berpasangan dengan Ketua Umno Cawangan Harun Mohamad.

Dalam ucapan alu-aluan sebelum majlis penyampaian hadiah Pengerusi MPWK Hajjah Wan Maznah amat berbangga keran program ini telah berjaya mencapai matlamat seperti yang dikhendaki oleh pihak MPWK sendiri.Beliau juga meguncapkan jutaan terimakasih kepada seluruh warga kerja yang bertungkus lumus menjayakan program ini.Ucapan terimakasih juga diberikan kepada Yang Berhormat Adun Batu Rakit kerana sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap apa juga program yang dilakukan didalam Dun Batu Rakit.Sikap kecaknaan Yang Berhormat amat dihargai oleh seluruh penduduk Batu Rakit..tambah beliau lagi.

Pengerusi MPWK Parlimen Setiu Hajjah Wan Maznah Wan Nong (berbaju merah) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sementara itu dalam ucapan perasmian sebelum penyampaian hadiah Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat amat berbangga kerana pihak MPWK dapat menjayakan acara hari keluarga ini dengan berjaya.Beliau juga amat berbangga dengan sambutan yang diberikan oleh para penduduk yang sentiasa menyokong apa juga program-program yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui pertubuhan-pertubuhan yang telah disahkan. Harapan beliau juga agar program-program yang bercorak kekeluargaan ini akan diteruskan demi mengeratkan lagi tali saliturahim dalam sesebuah keluarga.Beliau juga berjanji akan terus memberikan sokongan kepada program-program seumpama ini.

Ketua Cawangan UMNO Pantai Batu Rakit Harun Mohamad sedang menyampaikan hadiah kemenangan kepada kanak-kanak.

Turut bersama menghadiri program ini isteri Yang berhormat Ustaz Haji Khazan Puan Hajjah Nik Aini Nik Soh,seluruh anggota APMT Dun Batu Rakit,Ketua-ketua Cawangan UMNO Dun Batu Rakit dan wakil Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat.

Kanak-kanak 3 dan 4 tahun turut bersama merasai acara mengumpul Sumi Jeli paling banyak.

Remaja perempuan sedang bermain acara baling bola.

Kanak-kanak menyertai acara bawa bola pingpong dalam sudu.

Acara mewarna untuk kanak-kanak Tadika juga turut diadakan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment