Friday, November 12, 2010

JENTERA PARLIMEN SETIU ZIARAH PESAKIT

Oleh : Mohamad bin Abdullah

DSCN0216
Yusof Hitam (tak berbaju) pesakit menerima sumbangan daripada Dato' Ahli Parlimen Setiu sambil diperhatikan Pengerusi JKKK Darat Batu Rakit, Hj Mustaffa Mamat (t-shirt jalur)

BATU RAKIT – 11 November, Jentera Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Setiu bagi Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Rakit telah mengadakan program masuk kampung dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
DSCN0219
Puan Khalijah Awang (Pembantu APMT) bersalaman jiran pesakit
           Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Haji Abd Rahman Yassin bertindak sebagai wakil kepada Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee, telah mengetuai lawatan ke beberapa buah rumah pesakit baru-baru ini.
DSCN0220
Dato' Hj Abd Rahman Yassin menyerah sumbangan daripada Dato' Ahli Parlimen Setiu
          Beliau berkata, “saya amat terharu dan rasa sedih, apabila melihat rakan-rakan yang sekian lama terlantar di rumah mereka. Saya dapati ada yang mengidap kencing manis, lumpuh, kepala terpaksa dibedah di Hospital Kubang Kerian,”
DSCN0223
Sumbangan dihulur kepada pesakit di atas kerusi roda
          “Program ini amat bermakna bukan sahaja kepada keluarga pesakit, bahkan JKKK, APMT, UMNO setempat.” jelasnya lagi. “Saya berterima kasih kepada Dato’ Ahli Parlimen Setiu yang juga Ketua UMNO Bahagian yang sudi menyediakan sumbangan wang tunai dan hamper makanan termasuk beras, gula, milo, susu, biskut dan lain-lain.” sambungnya lagi.
DSCN0221
Pengerusi JKKK Gong Lingai (belakang berbaju biru) sedang memerhati Hj Md Ali Abdullah bersama wakil pesakit
          Pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit, Mohamad Harun bersama Pengerusi JKKK Gong Lingai, Muhammad Mat Ali melahirkan rasa sukacita kerana dapat mengikuti sama program tersebut. Difahamkan selepas ini, program ini akan berterusan samada wakil rakyat sendiri ataupun wakil-wakil beliau kerana mengikut rekod di PKM Setiu/Batu Rakit hampir 200 orang dalam kawasan DUN Batu Rakit yang terlibat dengan berbagai penyakit.
DSCN0222
Puan Wook Mustafa (balu Yahya Sulong) Kg Hilir Darat sedang menerima sumbangan wang tunai.

No comments:

Post a Comment