BATU RAKIT-20hb November Seramai 250 orang para penduduk kampung dan para Pengerusi JKKK,para pemuda dan puteri telah bersama-sama meluangkan masa untuk bersama-sama solat maghrib dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rasidi Abdullah.Kuliah agama ini telah diadakan di Masjid Kampung Maras Batu Rakit.
Penceramah yang berasal dari Sabah ini telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Pengalaman Saya.Ianya menceritakan tentang pahit getir kehidupannya sebelum memeluk islam,tentangan masyarakat terhadapnya semasa dalam islam dan kehidupan beliau sebagai seorang pendakwah kini. Beliau sebelum memeluk islam merupakan seorang penganut agama kristian.
Dalam kuliahnya beliau menceritakan betapa sebelum beliau memeluk islam jiwanya telah terpikat pada agama islam secara tanpa sedar.Pada masa umat islam berpuasa dalam bulan ramadhan beliau juga terut berpuasa walaupun pada masa itu beliau masih lagi seorang yang beragama kristian.
Beliau juga menerangkan betapa ianya sendiri tidak mengerti mengapa beliau terpikat pada islam.Sedangkan pada masa itu beliau merupakan seorang yang berharta dan agak berpengaruh dikalangan orang-orang kristian.Dengan gaji yang tinggi pada masa itu,beliau mempunyai kewangan yang kukuh untuk terus menikmati kesenangan dalam hidup.
Banyak dugaan yang beliau hadapi baik sebelum islam ataupun selepas memeluk agama islam. Sokongan daripada orang-orang islam sendiri untuk beliau mempelajari agama islam dengan lebih mendalam juga tidak mendapat sambutan.Tetapi itu semua tidak mematahkan semangat beliau untuk terus menjadi orang islam dan kini bergelar pengdakwah.
Program yang bermula selepas solat maghrib ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Negeri merangkap Adun Batu Rakit.Beliau juga turut menjadi iman ketika solat isyak.Selepasselesai solat isyak para jemaah telah dijamu dengan makan malam.
Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.
SETIU HARI INI
No comments:
Post a Comment