Tuesday, November 16, 2010

Gotong Royong Di Kampung Bukit Wan

Dari kiri Penolong Pegawai Daerah Encik Nasran Abd.Halim,Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Wan Sulaiman bin Wan Muda dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit Encik Kamarudin Mohamad.

BATU RAKIT- Kampung Bukit Wan telah dipilih menyertai pertandingan Kebersihan Peringkat Negeri pada tahun ini..Untuk mengindahkan lagi suasana kampung dan kebersihan kampung itu satu gotong royong membabitkan pemuda,puteri dan penduduk kampung telah diadakan pada 12hb dan 13hb November baru-baru ini.

Encik Marzuki Abdul Ghani Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Bukit Wan berposing atas Jentolak.

Pembantu APMT Dun Batu Rakit Encik Badri Ali turut sama menyumbang tenaga bergotong royong.

Menurut Encik Ambak Ismail selaku setiausaha JKKK Bukit Wan,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah kerana memilih Kampung Bukit Wan sebagai salah satu wakil bagi Daerah Kuala Terengganu.Beliau berjanji akan cuba sebaik mungkin untuk mengadakan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan.

Para pemuda Kampung Bukit Wan bersama-sama menyumbang tenaga.

Ringan sama dijinjing dan yang berat sama dipikul.

Program kebersihan kampung ini turut disertai Pejabat Daerah yang sudi menghantar lori-lori untuk mengangkut sampah-sampah dan tanah. Bagi Pegawai Khas Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Encik Kamarudin Mohamad pula,beliau berbangga kerana salah satu kampung dalam Dun Batu Rakit telah terpilih menyertai Pertandingan Kebersihan ini.Beliau berharap agar seluruh penduduk kampung Bukit Wan agar dapat memberikan yang terbaik demi menaikkan lagi nama Batu Rakit diseluruh negeri Terengganu dan juga dapat melangkah ke peringkat kebangsaan nanti.

Keseluruhan kampung dibersihkan untuk mengelokkan lagi permandangan.

Turut bersama-sama menyertai gotong royong ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu Encik Nasran Abd.Halim,Penghulu Kanan Kuala Terengganu Encik Wan Sulaiman Wan Muda,Penghulu Munkim Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Zamari Abu Zih dan Penghulu Munkim Batu Rakit Wakaf Tengah Encik Zazarin Abdul Ghani.


Cerita dan gambar: Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment