Saturday, November 13, 2010

Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi Nelayan Berhad Batu Rakit kali ke 24.

YB Ustaz Haji Khazan Che Mat (dua dari kanan) bersama dengan jawatankuasa Koperasi dan para jemputan.

BATU RAKIT-13hb November 2010 Mesyuarat Agong tahunan Koperasi Nelayan Batu Rakit Berhad telah berjaya disempurnakan perasmiannya hari ini oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat selaku ADUN Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

YB Haji Khazan Che Mat menyampaikan ucapan perasmian.

Seramai 150 orang ahli Koperasi Nelayan ini telah menghadiri mesyuarat agong ini yang diadakan dibangunan Koperasi Nelayan Batu Rakit,Pantai Batu Rakit. Mesyuarat yang bermula dengan pendaftaran ahli yang hadir bermula pada jam 8.30 pagi. Seramai tiga orang telah dilantik sebagai pendaftar kehadiran yang merupakan bekas pekerja kedai runcit Koperasi Nelayan satu ketika dahulu.Mesyuarat ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Haji Kamaridin bin Hamed yang merupakan salah seorang daripada ahli Jawatankuasa Koperasi Nelayan Berhad.

Tuan Haji Muda Abdullah selaku Pengerusi Koperasi Nelayan sedang mempengerusikam mesyuarat agong.

Dalam ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Koperasi Nelayan Tuan Haji Muda Abdullah,beliau menguncapkan berbanyak terima kasih kepada semua para ahli yang dapat hadir pada mesyuarat agong ini.Jutaan terima kasih juga dihulurkan kepada Pengerusi Koperasi Nelayan Negeri Terengganu Berhad Dato' Haji Wan Ibrahim bin Othman dan Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat kerana dapat bersama hadir dan seterusnya merasmikan mesyuarat agong ini. Beliau juga menyentuh tentang sejarah Koperasi Nelayan ini yang mana satu ketika dahulu mempunyai sebuah kedai runcit untuk para ahli membeli pelbagai peralatan nelayan. Tetapi disebabkan kurang mendapat sambutan dari para ahli sendiri,maka kedai itu terpaksa ditutup demi mengelak dari terus kerugian.

Pengerusi Koperasi Nelayan Batu Rakit Tuan Haji Muda Abdullah menyampaikan ucapan alu-aluan.

Beliau juga berharap agar Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan dapat mengadakan sebidang tanah untuk Koperasi Nelayan ini mendirikan bangunan diatas tanah sendiri.Ini kerana selama ini bangunan yang sedia ada sekarang berdiri diatas tanah orang perseorangan.

Sebahagian dari jawatankuasa dan ahli Koperasi sedang mendengar ucapan.

Sementara itu dalam ucapan Pengerusi Koperasi Nelayan Negeri Terengganu Berhad Dato'Haji Wan Ibrahim Othman pula, beliau bersyukur kerana Koperasi Nelayan Batu Rakit masih lagi berupaya mengadakan mesyuarat agonngnya walaupun sudah kurang punca pendapatan disebabkan penutupan kedai runcit sebagai sumber kewangan.Ini kerana menurut beliau,setiap kali diadakan mesyuarat agong pasti banyak melibatkan kewangan.Dan tanpa kewangan yang kukuh ianya tidak akan dapat mengadakan satu-satu mesyuarat agong.Sebagai sebuah Syarikat yang berdaftar dengan pihak Pendaftaran mengadakan mesyuarat agong merupakan satu perkara yang wajib diadakan tiap-tiap tahun.
Beliau juga berharap agar Koperasi Nelayan Batu Rakit akan terus berjaya dalam mencapai matlamat yang ditetapkan oleh pihak jawatankuasa Koperasi.

Pengerusi Koperasi Nelayan Negeri Terengganu Berhad Dato' Haji Wan Ibrahim Othman sedang menyampaikan ucapan.

Dalam ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat pula beliau mengucapkan tahniah kepada Koperasi Nelayan Batu Rakit kerana masih berupaya beroperasi dan memberikan dividen yang tinggi kepada para ahlinya. Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada ahli lembaga Koperasi Seberang Takir kerana sudi hadir pada mesyuarat Koperasi Nelayan Batu Rakit ini. Beliau juga akan berusaha untuk mendapatkan sebidang tanah bagi Koperasi Nelayan Batu Rakit Berhad mendirikan bangunan diatas tanah sendiri.
Beliau berharap agar Koperasi Nelayan ini agar terus maju dan aktif selamanya bagi membangunkan para nelayan disekintar Batu Rakit ini.

YB Haji Khazan (berbaju putih) bersama jawatankuasa menikmati hidangan nasi dagang.

Haji Kamarudin Hamed sedang memimpin bacaan doa.

Pertugas sibuk mendaftar kehadiran ahli untuk mesyuarat agong kali ke 24.



Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

1 comment:

  1. Sertai Rakan Koperasi 1KUBSB
    ...dapatkan diskaun, baucar dan rebat tunai untuk koperasi tuan/puan. Cepat, tawaran TERHAD!

    ReplyDelete