Sunday, November 14, 2010

KECEMERLANGAN MURID S K BATU RAKIT DIIKTIRAF

Image051
Pengarah BTN Terengganu sedang menyampaikan hadiah kepada Olahragawan SKBR, Badrul Amin bin Kamar

BATU RAKIT – 15 November, Seramai 127 orang murid Sekolah Kebangsaan Batu Rakit dekat sini, telah diiktiraf oleh pihak pengurusan sekolah sebentar tadi. Murid-murid dipilih berdasarkan kepada keputusan Kurikulum atau akedemik sepanjang persekolahan pada tahun ini.
Image043
Encik Halidan Awang sedang menyampaikan sijil kepada murid Pra Sekolah.
          Di samping itu, seramai 6 orang dianugerah pingat Program Bacaan Nilam Tahap Jauhari, 3 orang Anugerah Emas dan 5 orang mendapat Anugerah Perak.
Image047
Persembahan dikir barat daripada murid-murid lelaki tahun 6
          Guru Besar, Haji Jaafar bin Che Muda berkata, “seramai 6 orang telah berjaya di bawah program UPKK (8A)”. “Manakala keputusan UPSR pula seramai 10 orang berjaya mendapat 5A, 7 orang 4A, 1B dan seorang 4A, 1C. Dan telah meningkat berbanding pada tahun lepas sekadar 4 orang yang lulus 5A.” jelasnya.
Image046
Ibubapa murid sedang melihat persembahan anak-anak mereka
          Pengarah Biro Tatanegara Terengganu, Encik Mohd Khailani bin Ismail telah menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010. Turut hadir pada majlis berkenaan, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Encik Halidan bin Awang, bekas murid tua di sekolah berkenaan.
Image045
Ajk PIBG SKBR, Encik Zaidi Awang (kanan) bersama Encik Nik bin Salleh (kiri)
          Seramai 250 orang hadir pada majlis berkenaan termasuk wakil Ahlijawatankuasa PIBG serta ibu bapa murid.

No comments:

Post a Comment