Monday, November 15, 2010

Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Wan.

Para pelajar yang mendapat 5A bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan Che Mat (lima dari kiri),Pengetua SKBW (enam dari kiri),Pengerusi PIBG (empat dari kiri) dan ibubapa pelajar.

BATU RAKIT-15 hb November 2010 Sempena cuti akhir tahun Sekolah Kebangsaan Bukit Wan telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk meraikan semua pelajar yang telah berjaya dalam bidang akedemik,ko-korikulum mahupun bidang sukan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri merangkap ADUN Batu Rakit.

Dari kiri ke kanan: Encik Abd.Aziz bin Alias, Tuan Haji Alias bin Muslim,YB Ustaz Haji Khazan dan Encik Sobri Ismail.

Program yang bermula jam 8.30 pagi ini bermual dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Rahman salah seorang guru sekolah ini.Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengetua sekolah Tuan Haji Muslan,beliu mengucapkan jutaan terimakasih kepada YB Ustaz Haji Khazan kerana dapat meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Anugerah ini dan banyak membantu pihak sekolah dalam segala hal yang berkaitan dengan kewangan.Beliau juga banyak memberitahu tentang pengcapaian yang telah berjaya dilakukan oleh pihak sekolah seperti menyertai pertandingan kebersihan peringkat daerah yang telah berjaya mendapat johan dan peringkat negeri pula mendapat tempat ketiga. Seramai 6 orang pelajar telah berjaya mendapat 5A,5 orang mendapat 4A 1B dan 3 orang mendapat 4A 1C dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini..tambahnya lagi.

Orlahragawati SKBW 2010 Faqihah binti Marzuki bersama YB Ustaz Haji Khazan (tengah),Pengentua SKBW Tuan Haji Muslan bin Muslim (kanan) dan Pengerusi PIBG Encik Sobri Ismail.

Sementara itu dalam ucapan dari Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Wan Encik Sabri Ismail pula,beliau mengucapkan tahniah kepada para pelajar dan pihak sekolah yang telah berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.Ucapan terimakasih juga diberikan kepada para ibubapa dan JKKK yang telah banyak membantu segala urusan kewangan bagi pihak PIBG.Tanpa sokongan dari pihak-pihak terbabit amat sukar untuk PIBG meneruskan apa jua agenda yang berkaitan dengan pelajaran untuk para pelajar..katanya lagi.
Beliau juga turut memuji guru-guru sekolah kerana sentiasa memberikan komitmen yang untuk para pelajar berjaya.

Persembahan koir murid tahap 2 menceriakan majlis.

Fatin Nabila binti Ismail Tokoh Nilam 2010.

Sementara itu dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah ini YB Ustaz Haji Khazan pula memberikan ucapan tahniah diatas segala pencapaian yang telah ditunjukkan oleh Sekolah Kebangsaan Bukit Wan ini.Beliau juga berharap agar sekolah ini dapat mencatatkan kejayaan yang lebih baik dimasa akan datang.Sikap kerjasama antara pihak sekolah dan para ibubapa telah menunjukkan satu kejayaan yang patut diteruskan dimasa-masa akan datang..tambahnya lagi.Dan kepada para pelajar beliau berharap agar gunalah peluang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk belajar dengan sebaik mungkin demi kejayaan pada masa hadapan.Dikesempatan ini juga beliau berharap agar ibubapa turut sama memaikan peranan dalam bersama memikul beban untuk melihat kejayaan anak-anak mereka.

Encik Sobri Ismail Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Wan menyampaikan anugerah kepada pelajar.

YB Ustaz Haji Khazan menyampaikan ucapan perasmian.

Encik Sobri Ismail Pengerusi PIBG menyampaikan ucapan.

Pengetua Sekolah Kebangsaan Bukit Wan Tuan Haji Muslan bin Muslim menyampaikan ucapan alu-aluan.

Encik Zakaria Abdul Rahman selaku pengerusi majlis menyampaikan taklimat.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment