Friday, November 12, 2010

Program Taklimat Penubuhan KRT Bukit Cempaka

Encik Azilan (berdiri) sedang menyampaikan taklimat penubuhan KRT.

BATU RAKIT- Satu perjumpaan para penduduk kampung Bukit Cempaka dan Bukit Agu bersama Encik Azilan bin Ariffin selaku Pegawai Perpaduan Daerah telah diadakan pada 3hb November 2010 di Masjid Lama Bukit Cempaka jam 9.00 hingga 11.30 malam bertujuan membincangkan penubuhan KRT Bukit Cempaka.Seramai 50 orang penduduk telah bersama-sama untuk mendengar penerangan yang diberikan itu. Turut bersama dalam perjumpaan ini ialah Ketua Polis Balai Polis Batu Rakit SM Encik Abdullah bin Haji Yusof, Pengerusi JKKK Bukit Cempaka Encik Ghazali Yusof dan Pengerusi JKKK Bukit Agu Encik Mohd Shaari bin Salleh.

Encik Azilan bin Ariffin (berdiri) Pegawai Perpaduan Daerah.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh SM Encik Abdullah Haji Yusuf selaku Ketua Polis Balai Batu Rakit,beliau menekankan betapa jenayah kini telah menjadi satu dari aktiviti yang terancang oleh golongan-golongan tertentu. Beliau juga mengulas kadar jenayah yang berlaku dalam tempoh tiga bulan disekitar kampung Bukit Agu,Bukit Cempaka,Pasir Putih,Pagar Ubi hanyalah empat kes sahaja. Bagi kampung Bukit Cempaka secara khususnya adalah sifar.Ini kerana dikampung Bukit Cempaka terdapat Unit Kawalan Kampung yang sentiasa menjaga keamanan dan keselamatan kampung tiap-tiap malam tambah Encik Abdullah lagi. Beliau berharap dengan penubuhan KRT ini yang merangkumi Kampung Bukit Agu dan Bukit Cempaka ini akan terus menyaksikan kadar jenayah terus berkurangan.

Encik Azilan (kiri), Pengerusi JKKK Bukit Agu Encik Mohd Shaari Salleh (tengah) dan Ketua Polis Balai Polis Batu Rakit SM Encik Abdullah Haji Yusof yang sedang menyampiakan penerangan tentang jenayah kepada para penduduk kampung yang hadir.

Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Encik Azilan selaku Pegawai Perpaduan Daerah,beliau terlebih dahulu menerangkan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan KRT.KRT membawa maksud Kawasan Rukun Tertangga dan didalam negeri Terengganu sebanyak 83 KRT telah ditubuhkan untuk bersama-sama dengan JKKK membantu segala masalah yang berlaku dalam kawasan masing-masing.

Setiap JKKK yang ingin menubuhkan KRT ianya perlulah mengadakan taklimat terlebih dahulu dengan memanggil penduduk kampung untuk melihat sambutan daripada para penduduk kampung itu sendiri.Ini kerana menurut Encik Azilan,taklimat itu adalah salah satu dari prosedur untuk menubuhkan KRT.

Encik Azilan (tiga dari kiri) sedang berbincang sesuatu dengan Pengerusi JKKK Bukit Agu (tiga dari kanan).

Beliau juga menerangkan didalam KRT itu terdapat empat peringkat kepimpinana yang perlu diberikan peluang untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab mereka kepada para penduduk kampung.Antaranya ialah Tunas Jiran untuk golongan kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah,Jiran Muda bagi golongan remaja dan dewasa yang berumur 40 tahun kebawah,Jiranita iaitu untuk golongan kaum wanita dan Jiran Usia Emas bagi warga yang berusia 65 tahun keatas.
Keempat Jiran ini yang akan melincinkan perjalanan sesebuah pertubuhan KRT bagi setiap kawasan.

Sebahagian dari penduduk kampung yang hadir mendengar taklimat penubuhan KRT.

Apabila penubuhan KRT itu telah dilluluskan ianya akan diberi geran pentadbiran iaitu geran tahunan sebanyak RM7,200.00, geran aktiviti sebanyak RM4,800.00 dan juga geran SRS iaitu sebanyak RM500.00.Penubuhan KRT yang berjalan lancar hendaklah menghantar segala aktiviti dan penyata kewangan ke Pejabat Perpaduan bagi setiap bulan..tambah Encik Azilan lagi.Beliau juga berkata segala pembangunan untuk sesebuah KRT boleh dipohon dengan Jabatan Perpaduan.

Menjamu selera selepas mendengar taklimat.

Beliau juga berharap dengan penubuhan KRT Bukit Cempaka ini akan dapat bersama-sama dengan Jabatan Perpaduan untuk merangka segala aktivit yang telah dicadang untuk kemajuan dan kemudahan para penduduk nanti.


Cerita dan Gambar:Sazali Yusuf


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment