Saturday, May 7, 2011

Sukaneka anjuran Puteri Umno Cawangan Panchur Sejuk..

YB Haji Khazan bersama Pengerusi JKKK Panchur Sejuk Azmi Seman (bertopi) memberikan isyarat untuk permulaan pertandingan tarik tali Puteri lawan Wanita Umno Cawangan.

BATU RAKIT (PANCHUR SEJUK) 6hb Mei 2011- Puteri Umno Cawangan Pancur Sejuk buat pertama kali telah berjaya mengadakan Sukaneka untuk para penduduk. Dengan kerjasama daripada Wanita Umno Cawangan dan juga JKKK, sebanyak 15 acara telah diadakan dalam pelbagai ketogeri samaada untuk kanak-kanak,puteri,pemuda,wanita dan juga para penduduk kampung.

YB Haji Khazan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Acara sukan yang diadakan seawal jam 8.00 pagi ini telah berjaya mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit (DABARA). Pelbagai acara tradisi telah dipertandingkan antaranya seperti tarik tali,bola beracun,rebut kerusi,permainan congkak,susun bata,ikat kaki berkumpulan,kupal epal dan juga kutip gula-gula untuk kanak-kanak bawah 6 tahun.

Setiausaha kerja Umno Bahagian Setiu Encik Bazlan Abdul Rahman (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Menurut Puan Noni binti Mohamad yang juga selaku Pengerusi Pertandingan Sukaneka ini,matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk meraikan ahli-ahli puteri,wanita dan juga kanak-kanak disamping menambahkan aktiviti Puteri Cawangan. Ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli cawangan. Menurut beliau lagi segala urusan pertandingan dan juga persiapan Sukaneka ini telagh diuruskan oleh para Puteri dan juga Wanita Cawangan serta mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada JKKK."Walaupun ini kali pertama kami mengadakan acara sukan seperti ini,segala kekurangan yang berlaku dalam pertandingan ini tidak akan melemahkan semangat kami untuk terus mengadakan aktiviti seperti ini lagi"tambah beliau lagi.

Penonton memberikan sokongan kepada para pemuda yang menyertai acara tarik tali.

Sementara itu bagi Pengerusi JKKK Pancur Sejuk pula Encik Azmi Seman,beliau berbangga dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh seluruh ahli Puteri dalam mengendalikan acara Sukaneka ini. Walaupun masih terdapat pelbagai kelemahan didalam program pertama ini,beliau tetap melahirkan rasa gembira kerana para ahli puteri dapat menghadapinya dengan sebaik mungkin.Penyertaan para penduduk kampung juga amat dihargai kerana telah berjaya menjadikan program ini meriah. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit juga turut memaikan peranan dalam menjadikan Sukaneka ini meriah.

Sebahagian para penduduk Kampung Panchur Sejuk yang hadir menyaksikan Sukaneka.

Majlis penyampaian hadiah pada Sukaneka ini telah disempurnakan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu. Turut bersama hadir menyampaikan hadiah ialah Setiausaha kerja Umno Bahagian Setiu Encik Bazlan Abdul Rahman. Pengerusi Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit Encik Azhar Mohd Noor turut hadir bersama Jawatankuasa Pemuda.

Kanak-kanak bawah 12 tahun juga turut serta menyertai acara tarik tali.

Pertandingan kotak beracun untuk kanak-kanak bawah 7 tahun.

Pengerusi JKKK Panchur Sejuk Encik Azmi Seman (bertopi putih) yang bertindak sebagai pengacara majlis.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment