Saturday, May 14, 2011

Persidangan Perwakilan Wanita Umno Setiu kali ke 22/2011

Barisan perwakilan wanita bersama-sama Dato' Mohd Jidin dan YB Haji Assaari Idris melaungkan satu Malaysia.

PERMAISURI (SETIU) 14hb Mei 2011- "Tanpa wanita maka akan hilanglah kekuatan pada yang dimiliki oleh parti Umno. Betapa sinonimnya wanita dengan perjuangan Umno dan wanita tetap setia pada parti tanpa mengharapkan apa-apa balasan" inilah kata-kata perhargaan yang diucapkan oleh Dato' Hamidah Othman Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Wanita Umno Bahagian Setiu kali ke 22/2011 disini hari ini. Persidanagn yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim ini telah dihadiri seramai 500 orang lebih para perwakilan dari 4 Dun yang terdapat dalam Parlimen Setiu.

Barisan para perwakilan yang hadir pada persidangan.

Persidangan yang diadakan pada jam 10.00 pagi ini juga telah dihadiri oleh Ketua Umno Bahagian Setiu Dato' Mohd Jidin Shafie,Timbalan Ketua Umno Bahagian YB Haji Asyaari Idris, wakil Wanita Bahagian Besut,Ketua Pergrakan Puteri Puan Rosnari Awang Ngah dan jawatankuasanya,Timbalan Ketua Pemuda Setiu Encik Rosmadi Haji Nasir dan jawatankuasa pemuda,Ajk Bahagian serta para pemerhati. Persidangan yang bermula dengan persembahan seni silat melayu yang dipersembahkan menyambut kedatangan Dato'Hamidah Othman dan juga perarakan nasi semangat. Sebanyak 128 cawangan dari 147 yang hadir pada persidangan kali ini. Dun Batu Rakit telah dihadiri oleh 22 cawangan dari 30,Dun Langkap pula 32 dari 34 cawangan, Dun Jabi sebanyak 32 juga dari 34 cawangan dan Dun Permaisuri pula sebanyak 38 daripada 47 cawangan.

Ketua Wanita Bahagian Setiu Hajah Wan Maznah (dua dari kanan) menyampaikan nasi semangat kepada Dato' Hamidah Othman.

Dalam ucapan persamian juga Dato' Hamidah (gambar kecil bawah) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Umno Bahagian Setiu kerana berjaya mengadakan sidang perwakilan pada kali ini. Bagi beliau wanita merupakan tulang belakang utama kepada pergerakan parti dengan pelbagai program seperti jalinan rakyat,penubuhan skuad sayang dan gelombang merah bagi mendekatkan parti Umno dengan pelbagai lapisan rakyat. Beliau juga mengakui kekuatan wanita selama ini amat penting dan tidak dapat dinafikan dalam mengerakkan jentera pilihanraya. Ini terbukti dengan Parti PBB di Serawak amat mengkagumi cara dan perjalanan kerja yang dilakukan oleh wanita Umno semasa pilihanraya di Serawak baru-baru ini. Bagi beliau wanita Umno kini telah digeruni oleh pihak lawan dan juga kawan dalam Barisan Nasional.

Penerima anugerah Jasamu dikenangan dari Dun Batu Rakit Esah Abdullah (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama Dato' Hamidah Othman dan barisan VIP.

Beliau juga berharap agar wanita Umno sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila pilihanraya yang ke 13 diadakan nanti. Bagi beliau pilihanraya yang akan diadakan nanti merupakan pertarungan yang sengit dalam memperjuangkan nasib bangsa melayu dan juga agama islam. Beliau juga turut
menekan betapa kaum melayu kini telah berada diambang perpecahan yang amat kronik. Dan ini merupakan satu peluang yang baik untuk digunakan oleh parti pembangkang yang bersifat perkauman untuk memecah belahkan lagi orang melayu.
Diakhir ucapan beliau,beliau juga berharap agar para perwakilan akan sentiasa memberikan komitmen dan sentiasa menyayangi parti. "Hanya parti keramat Umno sahaja yang dapat membela nasib orang Melayu dan ini perlulah kita pertahankan demi bangsa melayu,agama islam dan negara Malaysia yang kita cintai"kata beliau. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wanita Umno Setiu keran sudi memanggil beliau untuk majlis perasmian.

Hajah Wan Maznah menyampaikan pulut semangat tanda cenderahati kepada Dato' Mohd Jidin Shafie.

Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Ketua Umno Bahagian Setiu Dato' Haji Mohd Jidin Shafie pula, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kesudian Dato' Hamidah Othman hadir untuk mersmikan persidangan wanita pada kali ini. Terima kasih dan tahniah juga diberikan kepada seluruh ahli wanita kerana sentiasa menunjukkan kekuatan yang jitu bagi Hajah Wan Maznah Nong (gambar kecil)
kekuatan parti. Beliau juga berharap agar ahli-ahli Umno akan kembali kepada perpaduan demi kekuatan parti untuk menghadapi pilihanraya yang takan diadakan tidak lama lagi.

Perwakilan menadah doa untuk bersama-sama memohon keberkatan.

Bagi beliau hanya parti Umno sahaja yang dapat membela nasib orang melayu dan juga agama islam. "Parti pembangkang yang sentiasa bercakap tentang islam kini telah tunduk kepada desakan parti gabungan mereka dalam Pakatan Rakyat. Tiada lagi laugan tentang negara islam yang diperjuangkan selama ini dan mereka lebih suka berbaik dengan parti yang menentang islam dari parti yang banyak menegakkan syiar islam" kata belaiu lagi. Beliau berharap agar seluruh jentera parti akan sentiasa berkerjasama dalam menguatkan parti dan untuk terus memerintah negara. Diakhir ucapan beliau,beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh para perwakilan yang hadir kerana telah berjaya menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Dato' Haji Mohd Jidin Shafie

Sementara itu pula dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Ketua Wanita Umno Bahagian Setiu Hajah Wan Maznah Nong,beliau amat berterima kasih diatas kesudian Dato' Hamidah Othman hadir untuk merasmikan persidangan perwakilan wanita pada kali ini. Beliau juga menguncapkan selamat ulang tahun hari penubuhan Umno yang ke 65 dengan harapan agar Umno sentiasa menjadi parti yang releven untuk seluruh penduduk di Malaysia. Pada masa yang sama beliau juga turut mengajak semua para perwakilan membacakan Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada para perjuang Umno yang telah meninggal dunia.

Para barisan VIP yang hadir pada persidangan Wanita Setiu.

Bagi beliau wanita Umno telah banyak berjasa dalam mengerakkan jentera parti dan perkara ini perlulah dihargai dengan sebaik mungkin. Kejayaan gerakan Jalinan Rakyat adalah merupakan kayu pengukur komitmen wanita dalam menjalankan tugas kepada parti. Beliau turut merakamkan rasa gembira dengan kehadiran para perwakilan yang memenuhi setiap ruang didalam dewan. "Komitmen yang tinggi telah diberikan oleh seluruh ahli wanita demi melihat Umno meneruskan wardah perjuangan yang belum selesai didalam menjaga kepentingan bangsa,agama dan negara" kata beliau lagi.

Bersama-sama menyanyikan lagu Umno.

Pada persidangan kali ini satu majlis perhargaan turut diadakan bagi mengenang jasa para wanita Umno yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi kepada parti. Seramai 5 orang yang terdiri 2 orang dari Dun Langkap,1 orang dai Dun Jabi, 1 orang dari Dun Permaisuri dan seorang lagi dari Dun Batu Rakit. Majlis penyampaian telah dilakukan oleh Dato' Hamidah Othman.

Ketibaan Dato' Hamidah disambut oleh Ketua Pergerakan Puteri Setiu Puan Rosnari Awang Ngah ( kanan)

Bersalaman dengan Ketua Umno Bahgian Dato' Haji Mohd Jidin.

Persembahan seni silat menyambut kehadiran Dato'Hamidah Othman ke persidangan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment