Monday, May 2, 2011

4 KETUA TERIMA ANUGERAH KHAS

Malam Bsama PM 045
KENANGAN - dari kiri Mohamad, Hjh W. Maznah, Hj Mustaffa dan Abd Aziz
BATU RAKIT, 1 Mei - 4 orang ketua di peringkat cawangan dalam parlimen Setiu telah menerima anugerah daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak baru-baru ini sempena Program Turun Padang sehari di Terengganu pada 30 April 2011.
Malam Bersama PM 30.4.2011 015
BERUCAP - Perdana Menteri sedang memberi ucapan
   Kesudian Perdana Menteri menyampaikan anugerah kepada mereka bersama tokoh-tokoh dari 8 bahagian serta dari parti komponen BN negeri Terengganu berjumlah 47 orang menjadi kenangan manis buat mereka semua.
KENANGAN - Setiausaha UMNO bhg Setiu, Hj Ismail Saamah (2 dari kiri)
   Sebelum itu satu Majlis Jamuan Rakyat di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu  telah dihadiri 26 ribu orang. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Tengku Putera Tengku Awang turut hadir bersama kepimpinan kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Malam Bersama PM 30.4.2011 012
BERUCAP - Menteri Besar Terengganu
   Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hajjah Wan Maznah Haji Nong 62, telah dianugerah Ketua Wanita Cawangan Paling Lama. Beliau mula memegang jawatan Ketua Wanita Cawangan Pantai Batu Rakit bermula 1972 ketika berusia 23 tahun.
Malam Bsama PM 031
TERIMA ANUGERAH - Mohamad (baju biru) dan Hj Mustaffa (baju pink)
    Tokoh Ketua Cawangan Paling Lama Pegang Jawatan, Encik Mohamad Abdullah 62, mula dipilih menjawat jawatan Ketua Cawangan Wakaf Chagak pada tahun 1973 ketika berusia 24 tahun. Sepanjang karier politik bermula Bahagian Hulu Nerus (kini Bahagian Setiu) beliau pernah memegang berbagai jawatan dalam parti termasuk Ajk Pemuda Bahagian, Ajk UMNO Bahagian, Setiausaha Penyelaras DUN dan Pengerusi Biro Pengundi Luar Parlimen. Selain itu beliau pernah diberi tugas sebagai Wakil Calon kepada 3 orang calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Batu Rakit.
Malam Bersama PM 30.4.2011 002
TETAMU - Hj Ismail Saamah (kiri sekali) setiausaha Bhg. Setiu
   Tokoh Ketua Cawangan Paling Ramai Keahlian, Haji Mustaffa Abdullah yang memiliki ahli seramai 620 orang adalah Ketua Cawangan Kg Rahmat, Langkap. Beliau pernah dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Setiu satu ketika dulu.
Malam Bsama PM 033
TERIMA ANUGERAH - Abd Aziz Yahya sedang turun selepas terima anugerah
   Manakala Ketua Cawangan Kg Che Long, Permaisuri, Encik Abd Aziz Yahya, 36, telah menerima anugerah Ketua Cawangan Paling Muda dalam parlimen Setiu.
Malam Bersama PM 30.4.2011 004
MOHAMAD - Ketua Cawangan Paling Lama Pegang Jawatan

No comments:

Post a Comment