Tuesday, May 31, 2011

PERKASA SETIU SEPAKAT

M.AGUNG PERKASA 036
KIRI - YDP PERKASA bersama Timbalannya (kanan sekali)
Oleh : Mohamad Abdullah
SETIU, Selasa 31 Mei – Mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) daerah Setiu telah sebulat suara memilih Haji Ismail Saamah dan Mohd Saupi Abd Rahman sebagai Yang Di Pertua dan Timbalan Yang Di Pertua pertubuhan tersebut.

M.AGUNG PERKASA 039
BINCANG - YDP sedang berbincang dengan perwakilan.
     Seramai 50 orang ahli telah hadir di Gerai Kopitiam Jabi petang tadi dan sepakat bersetuju memilih Wan Zameri Ali sebagai Naib Pengerusi. Manakala Mohamad Abdullah telah ditugaskan sebagai Bendahari bersama Saari Idris sebagai Setiausaha dan Mukmin Ali sebagai Ketua Penerangan. Setiausaha Kerja PERKASA Daerah, Shahrul Salleh turut hadir pada persidangan agung kali ini.
M.AGUNG PERKASA 037
PERWAKILAN PERKASA - sedang mendengar amanat YDP
     Majlis juga bersetuju memilih ahlijawatankuasa mengikut Dewan Undangan Negeri sebagai persepaduan dalam gerakerja pada masa akan datang. Mereka yang dipilih ialah Abdullah Mat Amin, Borhan Jusoh (Jabi), Amir Latif, Nik Khairunisah Nik Mat (Permaisuri), Mamat Ali (Langkap) Hj Md Ali Abdullah dan Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit).
M.AGUNG PERKASA 038
DENGAR - sebahagian perwakilan sedang dengar ucapan
     Selain itu, perlantikan Wira disandang oleh Ezamri Ghazali, Khalijah Awang sebagai Wiranita dan jawatan Wirawati diberi kepada Nor Susilawati Mohd.
M.AGUNG PERKASA 040
     Yang Di Pertua bersetuju melantik 3 penjawat Kapten sebagai ketua Briged Setia Negara di setiap DUN. Bazlan Abd Rahman (Batu Rakit), Mohd Saupi Abd Rahman (Permaisuri) dan Wan Zameri Ali (Langkap). Semua DUN telah diarah melantik 2 orang sebagai Ketua Platun.

No comments:

Post a Comment