Friday, May 20, 2011

SETIU SEPAKAT PILIH G7

Kursus dan UMNO Setiu 024
BAJU HIJAU  - wakil UMNO Perhubungan bersama Ajk Bahagian
Oleh : Mohamad Abdullah
SETIU – JUMAAT 20 MEI, Persidangan UMNO Bahagian Setiu kali ke 23 yang bersidang pagi tadi telah sebulat suara menerima 7 orang nama calon untuk G7 ke Persidangan Agung UMNO Malaysia. 

Kursus dan UMNO Setiu 017
BERSALAMAN - MB Terengganu bersalaman dengan perwakilan
     Setiausaha bahagian, Haji Ismail Saamah rasa bangga di  atas sokongan tanpa sebarang bantahan dari semua perwakilan selepas mengemukakan cadangan nama-nama hasil kompromi ahli jawatankuasa bahagian. Tambahnya lagi, pada tahun lepas dan tahun sebelum itu di bahagian Setiu telah mengamalkan sistem yang sama.
Kursus dan UMNO Setiu 020
KETUA BAHAGIAN - Haji Mohd Jidin Shafee
     Mereka yang telah diterima oleh perwakilan ialah Haji Fahmi Zakaria (DUN Jabi), Nik Danya Abd Rahman dan Mohd Zaimi Ghafar (DUN Permaisuri), Adli Kesah dan Mohd Zaidi Jidin @ Yusof (DUN Langkap) Haji Md Ali Abdullah dan Mohamad Abdullah (DUN Batu Rakit).
Kursus dan UMNO Setiu 021
MENTERI BESAR - Dato' Seri Haji Ahmad Said
     Sebelum itu, majlis perasmian persidangan perwakilan telah disempurnakan  oleh Dato’ Seri Ahmad Said, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri merangkap Menteri Besar Terenggganu. Turut hadir pada majlis perasmian ADUN Jabi, Haji Ramlan Ali dan ADUN Permaisuri, Haji Abd Halim Jusoh bersama kepimpinan UMNO Bahagian Setiu. Difahamkan Timbalan Ketua dan Ketua Pergerakan Pemuda bahagian berada di luar negara kerana tugas resmi kerajaan negeri.
Kursus dan UMNO Setiu 025
PEMBAHAS PERMAISURI - Ustaz Mohamad Suhaimi Endut
     Manakalah YM Dato’ Tengku Putera Awang, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri merangkap Yang Di Pertua Dewan bertindak sebagai wakil UMNO Perhubungan Negeri. 

No comments:

Post a Comment