Sunday, May 1, 2011

Pertandingan Futsal Pemuda Peti Undi Padang Kemunting.

Pasukan Jaguh B (berbaju merah) dan pasukan Jaguh A (berbaju kuning) bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan (berdiri enam dari kiri), para urusetia pertandingan dan juga pengadil pertandingan.

BATU RAKIT (WAKAF CHAGAK) 1hb Mei 2011 Kelab Bolasepak Jaguh yang menghantar tiga wakil dalam Pertandingan Futsal Pemuda Peti Undi Padang Kemunting telah berjaya meraih bersih tiga tempat utama. Kejohanan yang diadakan sempena Hari Pekerja ini telah berjaya meraih 13 penyertaan pasukan.Kesemua pasukan yang bertanding adalah dari JKKK Gelong Gajah,JKKK Pancur Kuin,JKKK Padang Kemunting dan juga Tanjung Kedepan.

Ketua pasukan Jaguh B menerima hadiah wang tunai dari YB Haji Khazan Che Mat (kiri).

Pertandingan yang diadakan secara liga 3 kumpulan ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 6.30 petang.Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu dan juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

YB Haji Khazan (kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.

Dalam pertandingan ini pasukan Jaguh B dari JKKK Pancur Kuin telah muncul sebagai juara setelah berjaya menewaskan pasukan Jaguh C dengan sepakan penalti 3 berbalas 1. Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 setelah tamat keseluruhan permainan. Pasukan Jaguh C berjaya mendahului pasukan Jaguh B apabila satu serangan balas telah berjaya membolosi gawang Jaguh B. Tendangan kencang penyerang pasukan Jaguh B gagal diselamatkan oleh penjaga gol Jaguh C pada minit ke 8. Gol tersebut tidak melemahkan semangat juang pasukan Jaguh C yang terus menyerang untuk mencari gol penyamaan. Pada minit-minit akhir permainan pemain tengah pasukan Jaguh C berjaya merembat bola yang dihantar oleh pemain penyerang dan terus ke gawang pasukan Jaguh B. Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat.

Penyelaras Pemuda Dun Batu Rakit Encik Azahar Mad Noor (kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.

Sementara itu bagi penentuan tempat ketiga dan keempat pasukan Jaguh A telah berjaya menundukan pasukan Gelong Gajah Tua dengan jaringan 3 berbalas 2. Perlawanan yang seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk menghasilkan gol. Jaringan pada minit ke 8 oleh pasukan Jaguh A telah berjaya membawa pasukan tersebut ke tempat ketiga.

Sebahagian para penonton yang hadir menyaksikan pertandingan.

Juara bagi pertandingan ini telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300.00,manakala tempat kedua pula sebanyak RM200.00. Bagi tempat ketiga dan keempat pula hadiah wang tunai RM150.00 dan RM100.00 telah disediakan oleh penganjur. Turut bersama hadir pada majlis penyampaian hadiah ini ialah Ketua Penyelaras Pemuda Dun Encik Azahar Mohd Noor,Pengerusi JKKK Padang Kemunting,Pengerusi JKKK Tanjung Kedepan dan juga Pengerusi JKKK Gelong Gajah.

Perlawanan akhir antara Jaguh B (berbaju merah) dan pasukan Jaguh C (berbaju kuning).


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment