Tuesday, May 10, 2011

PERKASA SETIU BERPIKET AMAN..

PIKET PERKASA 018
PIKET -  Ahli-ahli PERKASA dan NGO berpiket depan Pos Pengawal
Oleh : Mohamad Abdullah
SETIU, 10 MEI – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Setiu telah mengadakan piket aman di depan IPD Permaisuri dekat sini. Seramai 100 orang terdiri ahli PERKASA dan NGO dari Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit telah menyertai piket berkenaan.

PIKET PERKASA 017
LAPORAN - Haji Ismail berucap sambil memegang kertas cadangan laporan
Pengerusi PERKASA Setiu, Haji Ismail Saamah bersama Timbalan, Mat Saufi Deraman dan beberapa orang kuat PERKASA telah berucap di depan pintu masuk Balai Polis Permaisuri sebelum diiringi masuk ke pejabat polis berkenaan bagi membuat laporan polis pada jam 12.30 tengahari tadi, mengenai pendedahan 3 laman blog berkaitan agenda menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi persekutuan
PIKET PERKASA 019
UCAPAN - wakil NGO sedang berucap
Tujuan laporan dibuat ialah meminta kerjasama pihak polis menjalankan siasatan terhadap laporan blog bigdogdot.com, dan wordpress.com bagi menjamin ketenteraman awam daripada tercetus ketegangan antara kaum, lapor Haji Ismail Saamah.
PIKET PERKASA 022
PALING KANAN - Mat Saufi Deraman (berbaju putih)
Apa yang didedahkan dalam blog berkenaan boleh melibatkan sentimen agama yang cukup bahaya dan boleh membawa ancaman terhadap keselamatan negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama, tambahnya lagi.
PIKET PERKASA 025
MASUK - beberapa wakil berjalan melintasi pintu masuk
Beliau berharap dengan laporan polis hari ini, satu siasatan rapi dapat dijalankan oleh pihak polis samada laporan tersebut benar atau salah.
PIKET PERKASA 026
SERAH LAPORAN - Haji Ismail bersama wakil NGO menyerah laporan
Jika laporan blog tersebut didapati benar, satu tindakan tegas harus dikenakan terhadap pengendali kedua-dua laman blog berkenaan sebagai pengajaran kepada penulis-penulis blog lain.
PIKET PERKASA 016
WIRAWATI - pamer sepanduk bantahan

No comments:

Post a Comment