Saturday, May 7, 2011

Ramah Mesra Pemuda dan Puteri bersama YB dan majlis penyerahan bendera Umno dan borang bakti remaja.

Para hadirin yang hadir sedang mendengar ucapan yang disampaikan oleh Dato' Sohaimi Shahdan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

BATU RAKIT- 6HB MEI 2011 Bertempat di perkarangan rumah YB Haji Khazan Che Mat,hampir 350 orang yang terdiri daripada ketua-ketua pemuda cawangan dan ajknya,ketua-ketua puteri dan ajknya,ketua-ketua cawangan dan wanita serta pengerusi-pengerusi JKKK telah hadir pada Majlis Ramah Mesra Pemuda dan Puteri serta penyerahan bendera umno dan borang bakti remaja.

Ketua Pemuda Umno Negeri Encik Shaiful Bahari (berbaju putih) menyampaikan bendera dan borang bakti remaja kepada Ketua Pemuda Cawangan Pantai saudara Yusaini Che Yusof.

Majlis yang diadakan jam 9.00 malam ini juga turut menyediakan hidangan ayam dan ikan bakar yang disediakan oleh para pemuda yang hadir.Majlis yang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan YB dengan pemuda dan puteri ini turut juga dihadiri oleh Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagia Setiu,Ketua Pemuda Negeri Encik Saiful Bahari Datuk Baharudin dan juga Exco Pemuda Umno Malaysia Dato' Sohaimi Shahadan.

Dato'Sohaimi Sahadan (berbaju putih) menyampaikan beg berisi bendera dan borang bakti remaja kepada wakil pemuda Pulau Redang Encik Abdullah Ibrahim (kanan)

Dalam ucapan alua-aluan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan Che Mat,beliau amat berbangga dengan sambutan yang diberikan oleh seluruh pemuda,puteri,pengerusi JKKK dan juga Ketua-ketua Cawangan. Beliau juga berterima kasih kepada seluruh para pemuda yang bertungkus lumus merencanakan majlis ini. Ucapan terima kasih juga beliau berikan kepada Ketua Pemuda Negeri Encik Shaiful Bahari dan juga Dato Sohaimi Shahadan kerana sudi hadir bersama-sama memeriahkan majlis ini.Beliau juga berharap agar para pemuda dan juga puteri akan terus memberikan komitmen yang tinggi untuk perjuangan parti dalam membela nasib agama,bangsa dan juga tanah air.

Barisan pemimpin Pemuda Setiu bersama Dato' Sohaimi Shahadan (tiga dari kiri) dan Ketua Pemuda Negeri Encik Saiful Bahari (dua dari kanan).

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Dato' Sohaimi Shahadan pula,beliau mengajak para pemuda agar terus berjuang demi memertabatkan bangsa melayu kearah yang lebih baik lagi pada masa hadapan. Perjuangan yang amat bernilai dalam menjadikan bangsa melayu sebagai bengsa yang lebih terbuka amat penting untuk mencorakkan jiwa bangsa melayu pada masa akan datang. Beliau juga mengharapkan agar para pemuda dan juga puteri tidak takut untuk bersaing demi mencapai kemajuan. Perubahan dalam cara hidup yang amat berbeza pada masa kini perlulah dihadapi dengan sebaik mungkin demi memajukan lagi orang melayu. Beliau juga berharap dengan perubahan yang amat ketara kini,para pemuda dan juga belia tidak akan terus leka dalam menghadapi budaya globalisasi kini.

Dato' Sohaimi Shahadan menyampaikan ucapan.

Beliau juga menyeru para pemuda dan puteri agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji pembangkang yang sentiasa mencari peluang untuk memerintah negara. "Janji-janji yang ditaburkan hanyalah janji palsu yang hanya untuk meraik undi pada pilihanraya nanti" katanya. Sikap sesetengah para pemimpin pembangkang yang hanya pandai berkata-kata adalah salah satu cermin yang yang buruk untuk diikuti oleh masyarakat diMalaysia. Beliau juga menyeru agar para pemuda akan sentiasa mengambil peluang yang ada yang disediakan oleh kerajaan untuk terus memajukan diri.

YB Haji Khazan turut menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para pemuda dan puteri.

Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno Negeri Encik Shaiful Bahari pula,beliau menyeru agar para pemuda dan juga puteri agar sentiasa bersedia bagi menghadapi pilihan raya yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang. Sikap yang sentiasa bersedia ini akan menjadikan para pemuda untuk terus berwaspada dalam menghadapi pelbagai situasi. Dengan semangat juang yang sentiasa ditanamkan dalam diri beliau percaya negeri Terengganu akan terus kekal ditangan Umno dan Barisan Nasional. Beliau juga akan melancarkan jentera pilinraya pada suatu tarikh yang akan ditentukan nanti.

Ketua Pemuda Umno Terengganu Shaiful Bahari Datuk Baharudin menyampaikan ucapan.

Pemuda-pemuda turut bersama membakar ikan dan ayam.

Para puteri dan Wanita yang turut hadir bersama.

Para pemuda,puteri dan pengerusi JKKK serta Ketua-ketua Umno Cawangan yang turut sama hadir memeriahkan majlis bersama YB Haji Khazan.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment