Sunday, May 16, 2010

RELA BERSAMA MASYARAKAT

Oleh : MOHAMAD ABDULLAH
BERGAMBAR bersama YB Dato' Hj Mohd Jidin Shafee (nombor 3 dari kiri)


BATU RAKIT -Ahad 16 Mei - Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Mukim Batu Rakit sentiasa menjalin kerjasama dengan badan-badan NGO apabila diminta oleh pihak-pihak yang berkaitan.


KPRM Batu Rakit - Mohamad Harun
Ketua Perhubungan Rela Mukim (KPRM), Mohamad bin Harun, 49, berkata "anggota RELA boleh dikatakan sentiasa bersedia membantu berbagai tugas dalam program-program berkait rapat dengan masyarakat." jelasnya yang menyandang semenjak 1997.

Platun-platun yang terlibat ialah Pulau Redang, Mengabang Lekor, Pengkalan Atap, Darat Batu Rakit, Pechah Rotan, Maras, Padang Kemunting, Bukit Chempaka, Bukit Agu, Bukit Wan, Lingai dan Wakaf Tengah. Manakala Platun Bukit Nenasi yang baru ditubuh menjadi pelengkap platun ke 12.. 

Katanya, "sebelum ini, jawatan KPRM dikenali Pengerusi Rela Mukim disandang oleh Allahyarham Haji Othman bin Said (guru) selaku pengerusi pertama."
SIAP SEDIA - berbaris sebelum melaksanakan sesuatu tugasan.
 Aktiviti-aktiviti yang melibatkan RELA Mukim Batu Rakit ialah menganjurkan program gotong royong dengan kerjasama JKKK-JKKK tempatan seperti membersih kawasan, menembak tupai, menembak babi hutan, menembak kera atau lotong (musuh tanaman).
GOTONG ROYONG - menebas rimbunan semak kiri kanan jalan
"Selain menganjur pertandingan menembak di kalangan anggota, RELA Mukim Batu Rakit bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabagan Imigresen (khusus pendatang tanpa izin -PATI) apabila diundang."
BERBARIS - anggota RELA berbaris selepas tamat sesuatu tugas sebelum menjamu hidangan
"Membantu mana-mana penganjur terdiri jabatan kerajaan, badan-badan NGO, orang perseorangan dalam mengawal ketenteraman awam, mengawal lalulintas, mengawal pintu masuk sesuatu kejohanan sukan dan sebagainya," tambahnya lagi.


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment