Thursday, May 20, 2010

Mesra Wanita...Skuad Sayang Wanita UMNO


Kenangan- mereka yang terlibat dalam program Mesra Wanita bergambar bersama.
BATU RAKIT-20hb Mei 2010. Selepas program pertama di PDK Batu Rakit,Skuad Sayang Wanita UMNO Dun Batu Rakit yang diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu Hajjah Wan Maznah Wan Nong telah meneruskan lagi khidmat kemasyarakatannya dengan membelah Laut China Selatan menuju ke Pulau Redang.Bersama dengan isteri YB Adun Batu Rakit Hajjah Puan Nik Aini binti Nik Soh,Pegawai Khas Adun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohamed dan pembantu-pembantu APMT Dun, kami bertolak dari jeti Merang pada pukul 10 pagi. Dengan keadaan laut yang tenang,ianya memudahkan lagi perjalanan kami selama 30 minit menaiki bot.

Menaiki bot menuju Pulau Redang

Sampai dijeti Pulau Redang kami telah disambut oleh Pengerusi JKKK Haji Lading bin Awang, Ketua Wanita UMNO cawangan Puan Ramlah Omar dan jawatankuasanya serta jawatankuasa JKKK dan Pemuda.Setelah itu kami dibawa ke Balairaya Kampung Baru Pulau Redang untuk diberi taklimat tentang tujuan program ini.
Tiba-Disambut oleh Jawatankuasa JKKK Pulau Redang
Dalam ucapan alu-aluan dari pengerusi jkkk,beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada Puan Hajjah Nik Aini kerana sudi datang ke Pulau Redang untuk bermesra dengan wanita cawangan dan penduduk kampung.Baginya walaupun YB Ustaz Haji Khazan tidak dapat hadir tetapi diwakili oleh isterinya, itu sudah cukup mengembirakan penduduk kampung."Terasa seperti Ustaz sendiri yang hadir",katanya lagi.

Pengerusi jkkk (berkopiah ) menyampaikan ucapan aluan

Bagi Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu pula, beliau akan sentiasa memberi perhatian kepada wanita cawangan Pulau Redang. Walaupun ianya terletak jauh dari daratan tetapi ianya tidak akan dipinggirkan.Pelbagai program telah dirancang untuk bersama-sama memberi kejayaan kepada wanita cawangan serta menguatkan lagi jentera pilihanraya bagi peti undi Pulau Redang. Beliau juga berharap agar wanita UMNO cawangan agar sentiasa komitmen terhadap parti dan terus bersatu hati dalam menuju kejayaan.

Hajjah Wan Maznah memberi taklimat

Puan Hajjah Nik Aini menyampaikan ucapan
Sebelum majlis penyampaian hamper kepada warga emas dan mereka yang uzur bermula,Puan Hajjah Nik Aini terlebih dahulu menyampaikan salam dari Ustaz Haji Khazan kerana tidak dapat bersama-sama menjayakan program ini.Beliu juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada pengerusi jkkk,ketua wanita dan jawatankuasanya dan mereka-mereka yang terlibat menjayakan program ini.Selepas taklimat dan sedikit ucapan berakhir, kami pun terus memulakan program ini dengan mengunjungi rumah warga emas dan mereka-mereka yang uzur.Seramai 20 orang telah menerima sumbangan dari Puan Hajjah Nik Aini.

Mesra dan Ramah

Gembira- Warga emas bersyukur menerima sumbangan
Beliau juga sempat beramah mesra dengan penerima-penerima sumbangan dengan bertanya khabar dan menyampaikan salam dari pihak YB Ustaz Haji Khazan Che Mat.Beliau juga berharap, dengan sedikit sumbangan yang dihulur dapat meringankan beban bagi penerima.

Puan Hajjah Nik Aini (Baju Putih)-Menghulur sumbangan sambil beramah mersa
Selepas selesai majlis itu, kami dibawa ke sebuah warung untuk menjamu selera dan seterusnya menaiki bot untuk pulang ke jeti Merang.Bagi Pegawai Khas Adun Batu Rakit,walaupun majlis ini tidak sampai sehari tapi ianya penuh bermakna dan akan terus menghulurkan bantuan kepada penduduk Pulau Redang.Semoga program-program seumpama ini dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa..ujurnya lagi.

Bersama menjamu selera







Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA.

SETIU HARI INI



No comments:

Post a Comment