Sunday, May 30, 2010

BIDONG DIBEDIL 15 RIBU DAS?

Oleh : Mohamad Abdullah

Imej735
TEMBAK - 20 penembak sedang menembak sasaran di bawah kawalan anggota PDRM

BATU RAKIT, Ahad 30 Mei – Seramai 3,000 orang penembak telah menjalani ujian menembak di Lapang Sasar PDRM, Bukit Bidong, Mukim Merang, Setiu pada 29 Mei 2010.

Imej728
RAMAI - sebahagian peserta sibuk menunggu giliran untuk menembak.
Mereka semuanya dipilih oleh pihak PDRM negeri dan daerah-daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Terengganu. Kesemua mereka adalah pemilik senjatapi persendirian dan pemegang senjatapi RELA. Manakala bagi daerah Kemaman dan Dungun telahpun diadakan pada 22 Mei minggu lalu.
Imej727
DAFTAR - peserta beratur bagi mendapat giliran
Setiap peserta telah dibekalkan dengan 5 butir peluru dengan bayaran RM15.00 seorang dan perlu berada dalam kumpulan seramai 20 orang penembak. Setiap pusingan acara berjalan serentak seramai 40 orang bagi dua kawasan yang telah disediakan.
Imej729
SIJIL - selepas menembak, peserta dikehedaki mengambil sijil ujian menembak
Imej731
En. Mohamad Harun, KPRM Batu Rakit
“Bagi Mukim Batu Rakit, seramai 220 orang yang terdiri 180 anggota RELA dan 40 pemilik senapang patah persendirian termasuk Pulau Redang” kata Ketua Perhubungan RELA Mukim  (KPRM) Batu Rakit, Encik Mohamad bin Harun, 49. 
Setiap peserta akan diberi Sijil Pengesahan Selesai Menembak oleh urusetia, sebaik sahaja selesai ujian menembak. Dengan sijil berkenaan, mereka perlu bawa semasa pemeriksaan senjatapi pada bulan Jun ini bagi mendapatkan lesen tahunan. 

No comments:

Post a Comment