Friday, May 21, 2010

INFO BESTARI BERJAYA !!!

oleh : Mohamad Abdullah

Imej715[1]
TEKUN - para peserta tekun mendengar ceramah "Info Bestari"
 BATU RAKIT, Jumaat 21 Mei 2010 – Program penerangan “Info Bestari” anjuran Komuniti Bestari Wakaf Chagak dekat sini telah berjaya menarik berbagai peringkat umur hadir di Dewan Bestari Wakaf Chagak hari ini.


Imej711[1]
PPD. K. Terengganu - En. Sapian Hj Dabbal (2 dari kanan)

Hasil kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu dan Pejabat Kementeian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Terengganu seramai 200 orang, terdiri warga emas, kaum ibu, wakil JKKK dan remaja telah hadir pada majlis berkenaan.
Timbalan Pengarah Penguatkuasa, Pejabat Kementeian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Terengganu, Haji Azman bin Adam telah dapat menarik minat peserta tidak jemu mendengar penerangan beliau khususnya mengenai ‘isu gula” dan kepentingan pengguna.
Imej714[1]
Imej717[1] Pada sessi kedua. Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Encik Sapian bin Haji Dabbal selaku penasihat K-Bestari  Wakaf Chagak telah memberi penerangan di bawah tajuk “Apa itu 1Malaysia dan peranan Jabatan Penerangan”.
Rata-rata semua peserta amat berpuashati dengan program tersebut. Mereka tidak ada perasaan resah dan beredar sehingga majls tamat tepat jam 6.00 petang.

No comments:

Post a Comment