Sunday, May 30, 2010

JKKK BERSAMA MASYARAKAT

Oleh : Mohamad Abdullah
Foto : Zaidi Awang, S/usaha JKKK Tanjong

DSCN1945
GOTONG ROYONG - masyarakat tempatan membersih semak samun.
SETIU, Sabtu, 29 Mei 2010 – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjong, dekat sini, pada setiap pagi minggu (Jumaat) telah mengadakan aktiviti bersama masyarakat setempat khususnya dalam program membersih kawasan persekitaran kampung.
DSCN1944
BERSAMA - masing bersatu demi perpaduan dan kebersihan.
Program telah dijalankan bermula pada bulan Januari tahun ini dengan mendapat kerjasama dan sokongan dari Penghulu Mukim Batu Rakit/Wakaf Chagak/Pulau Redang, Encik Zamari bin Abu Zih.
Copy of DSCN1845
LAMAN RUMAH - penduduk bersatu membersih kawasan rumah jiran.
Selain Pejabat Daerah Kuala Terengganu beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memberi komitmen tinggi dalam menjayakan aktiviti pembersihan kawasan.
Copy of DSCN1846
BERSATU HATI - Pengerusi JKKK (kanan)  bersama Timbalannnya (Kiri)
Pihak jabatan terbabit sentiasa menyediakan kemudahan jentera bersama kakitangan dalam membantu aktiviti gotongroyong di bawah anjuran JKKK Tanjong.
Copy of DSCN1847
SEPAKAT - segala kerja membawa berkat.
“Kerja-kerja yang diadakan seperti membersih semak samun tepi jalan atau lorong, kawasan tanah perkuburan, pembersihan saliran air mengabang, kawasan padangbola dan menebang pokok-pokok kayu.” jelas Pengerusi JKKK Tanjong, A. Bakar @ Md Amin bin Ali., 68

No comments:

Post a Comment