Tuesday, May 25, 2010

JKKK DEKATI PESAKIT

Oleh : Mohamad Abdullah
Foto : Ihsan JKKK Mengabang Panjang

DSC00365
TERIMA - sumbangan hamper bersama wang tunai diserahkan kepada Puan Meriam Yahya (pesakit kencing manis) diperhatikan oleh Pengerusi JKKK Mengabang Panjang, Encik Mohd Arshad Haji Ibrahim (baju gelap).

BATU RAKIT, Selasa, 25 Mei - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mengabang Panjang melalui program Cakna Masyarakat, baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah pesakit di kampung berkenaan.

DSC00098
Mohd Arshad bin Haji Ibrahim
Pengerusi JKKK, Mohd Arshad bin Haji Ibrahim, 59, berkata, “melalui sumbangan YB Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee dapatlah membantu gerakerja JKKK untuk mendekati masyarakat tempatan khususnya yang melibatkan warga emas dan pesakit”.



“Jika diberi peluang sepanjang masa, aktiviti ini dapatlah meringankan sedikit perasaan mereka yang sentiasa dahagakan kecaknaan dari pemimpin dan JKKK”, tambahnya lagi.
DSC00364
SETIAUSAHA JKKK - berbaju merah, Encik Aziz bin Yusof sewaktu berada di rumah Encik Ab. Razak bin Mohamad, 64 (pengidap kencing manis)
Bagi program tersebut, beberapa orang kuat JKKK, termasuk setiausaha, Aziz bin Yusof telah bersama-sama turun padang.

No comments:

Post a Comment