Wednesday, May 26, 2010

JKM MASUK KAMPUNG... Majlis Penyampaian bantuan bulanan.

Penerima-penerima bantuan bulanan sedang mendengar taklimat program

BATU RAKIT- 25HB MEI 2010 (Padang Kemunting) Seramai 150 orang penerima bantuan bulanan JKM telah menerima bantuan bulanan yang telah disampaikan oleh isteri kepada Adun Batu Rakit iaitu Puan Hajjah Nik Aini Nik Soh dalam program JKM Masuk Kampung anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu di Kampung Padang Kemunting hari ini.Sebanyak 4 buah kampung telah terlibat dalam program ini iaitu Padang Kemunting,Gelong Gajah,Pancur Kuin dan Tanjung Kedepan.

Timbalan Pegawai JKM Encik Zainal Omar menyampaikan taklimat

Menurut Timbalan Pegawai JKM Daerah Kuala Terengganu Encik Zainal Omar,program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan antara pegawai jabatan dengan penerima-penerima bantuan bulanan disamping menyampaikan pelbagai maklumat terkini dari pihak jabatan.Juga untuk mendengar sendiri keluhan dan luahan hati dari pihak penerima bantuan.Dalam ucapan beliau juga banyak menyentuh tentang pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh pihak JKM.Beliu juga menyarankan agar pihak-pihak yang memerlukan bantuan dari JKM agar memohon melalui JKKK setempat.Ianya akan memudahkan proses pemilihan,tambahnya lagi.Antara bantuan yang disediakan oleh pihak JKM ialah bantuan cermin mata(RM200),bantuan menjaga orang sakit(RM300),diserang binatang buas(sehingga RM2000),kemasukan ke IPT(RM400),bantuan alat sokongan bagi orang tua,bantuan baiki rumah,untuk OKU yang tidak boleh berkerja dan pelbagai lagi.Beliau juga berharap agar pihak JKKK dapat memberikan kerjasama yang baik dalam membantu pemohon-pemohon mengemukakan pemohonan.Biarlah mereka yang betul-betul layak saja dapat menerima bantuan dari JKM.. ujurnya lagi.

Pegawai khas Adun Batu Rakit Ustaz Haji Kamarudin Mohamad sedang berucap

Hajjah Nik Aini, Encik Zainal Omar (tengah) dan Haji Kamarudin Mohamad sedang berbincang sesuatu sebelum majlis penyampaian bermula.

Dalam ucapan Pegawai Khas Adun Batu Rakit yang mewakili YB Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad,beliau memohon agar penerima-penerima bantuan ini bersyukur atas apa yang mereka terima dan tidah mudah mendengar cerita-cerita yang memburukkan YB Adun. Beliau juga meminta agar semua yang hadir agar terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada YB Dun Batu Rakit.Beliau turut menyampaikan salam takzim dari YB Dun Batu Rakit Haji Khazan Che Mat,kerana tidak dapat hadir pada majlis ini bagi mewakili Menteri Besar ke mesyuarat di Kuala Lumpur.Beliau berharap agar bantuan yang diberi dapat digunakan sebaik mungkin.

Puan Hajjah Nik Aini (kanan) menghulur sampul bantuan pada penerima.

Majlis yang bermula pada pukul 10 pagi di perkarangan rumah Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abd.Rahman turut dihadiri oleh Pengerusi JKKK Gelong Gajah Encik Aziz Ismail,ketua penyelia APMT Dun Batu Rakit Hajjah Wan Maznah Wan Nong, pegawai-pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pembantu-pembantu APMT Dun Batu Rakit.

Pembantu APMT Dun Batu Rakit bersedia menagihkan makanan

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment