Friday, January 28, 2011

Kelab Gotong-Royong Pemuda Tanjung Batu Rakit.

Ahli Kelab Gotong-Royong Pemuda Tanjung Batu Rakit bersama Pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit Mohamad Harun (berdiri kiri sekali)

BATU RAKIT (TANJUNG BATU RAKIT)- Atas kesedaran ingin berbakti dan menjalankan kerja-kerja amal untuk masyarakat kampung,para pemuda kampung Tanjung Batu Rakit telah bersama-sama menubuhkan kelab untuk menjalakan aktiviti ke arah itu. Kelab ini telah dinamakan Kelab Gotong Royong Pemuda Tanjung Batu Rakit.

Ketua Kelab Gotong-Royong Pemuda Tanjung Encik Rohzeli Zakaria (duduk kanan)

Menurut Encik Rohzeli Zakaria selaku ketua kelab ini,matlamat penubuhan kelab ini ialah untuk sentiasa bersama para penduduk dalam melakukan sebarang aktiviti gotong-royong.Beliau juga memaklumkan bahawa aktiviti kelab ini bukan sekadar untuk program gotong-royong sahaja tetapi lebih kepada aktiviti yang banyak membantu belia-belia kearah satu program yang sihat.Dengan tertubuhnya kelab ini juga beliau amat berharap agar para pemuda turut bersama menyertai setiap program yang dijalankan demi kebaikkan semua.

Bersama-sama membersihkan tanah perkuburan

Beliau juga memaklumkan bahawa setakat ini seramai 15 orang para pemuda telah menjadi ahli kelab.Beliau juga berharap agar kelab ini akan dapat didaftarkan sebagai sebuah kelab yang sah suatu hari nanti.Harapan beliau juga agar seluruh masyarakat bersama-sama membantu Kelab ini untuk sentiasa aktif dan mengalakan para pemuda untuk menghindari aktiviti-aktiviti yang negatif.

Kelab Gotong-royong Pemuda Tanjung Batu Rakit (berbaju putih) turut bersama menjayakan program gotong-royong diTanah Perkuburan Pantai Batu Rakit.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Rohzeli Zakaria di talian: 013-9361034

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment