Monday, January 10, 2011

Taklimat dan agihan borang bantuan pakaian sekolah 2011.

Khusyuk-Pengerusi-pengerusi sedang mendengar taklimat yang disampaikan.

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 10hb Januari 2011. Hampir seluruh Pengerusi JKKK atau wakil,telah hadir ke Majlis Taklimat dan Agihan Borang Bantuan Pakaian Sekolah Dun Batu Rakit 2011. Majlis yang bermula jam 9.15 malam ini telah di Pengerusikan oleh wakil YB Haji Khazan Che Mat iaitu Haji Zakaria Abdul Rahman.

Haji Kamarudin Mohamad Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit menyampaikan taklimat.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Khas Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Maras Wakaf Chatur.
Dalam taklimat yang disampaikan,beliau berharap agar para pengerusi JKKK bijak memainkan peranan dalam pembahagian borang tersebut.Ini kerana syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Pejabat Daerah semakin ketat.

Haji Zakaria Abdul Rahman (kanan) memberikan sedikit penerangan tentang pengisian borang bantuan sekolah.

Beliau juga berharap agar penghantaran kembali borang itu ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat dapat dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.Ini kerana banyak lagi perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum baucer pembayaran dikeluarkan untuk para ibubapa.

Para Pengerusi JKKK meneliti borang yang diedarkan sambil mendengar taklimat yang disampaikan.

Apa yang diharapkan agar tiada lagi kekusutan yang berlaku pada kali ini seperti mana yang telah berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.Semoga pembayaran yang akan dilakukan oleh pihak Pejabat Daerah nanti juga tidak menimbulkan masaalah seperti yang telah lalu..tambah beliau lagi.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh para pembantu APMT DUN Batu Rakit dan berakhir jam 11.00 malam.

Bersama-sama menikmati juadah yang disediakan oleh pihak urusetia.


Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment