Saturday, January 22, 2011

PEMILIHAN JAWATANKUASA KRT WAKAF CHAGAK TAHUN 2011

SAM_0154
HADIR - Jiran Wanita, Jiran Muda dan Tunas Muda turut hadir
BATU RAKIT – 21 Januari, Pemilihan jawatankuasa baru KRT Wakaf Chagak tahun ini telah diadakan pada 21 Januari 2011 di Dewan Bestari Wakaf Chagak dekat sini.
SAM_0158
TENGAH - En. Azilah Ariffin, Pen. Pegawai Perpaduan
     Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu, Encik Azilan Ariffin telah mengendalikan pemilihan berkenaan. Sebelum itu beliau memberi taklimat tatacara pemilihan, tugasan jawatankuasa serta peranan jabatan dengan KRT.
SAM_0153
HADIR SAMA - Jiran Muda bersama kaum lelaki
     Beberapa orang muka baru telah turut dipilih menduduki bersama jawatankuasa yang sedia ada. Mereka dipilih memegang jawatan Pengerusi Tunas Muda, Pengerusi Jiran Muda dan Pengerusi Usia Emas mengganti penjawat sebelum ini.  Beberapa pandangan dan cadangan telah disuarakan oleh ahli-ahli yang hadir seramai 56 orang bagi memantap lagi aktiviti sepanjang tahun ini.
SAM_0156
Nombor dua dari kiri, Pengerusi KRT Wakaf Chagak
     Pengerusi KRT, Mohamad Abdullah turut menyuara setiap pandangan dan cadangan akan dibawa ke mesyuarat bulanan dan insyaAllah akan dijadikan aktiviti pada setiap bulan ataupun dua bulan sekali khusus melibatkan remaja, kanak-kanak, kaum ibu dan kaum bapa termasuk majlis bacaan yaasin selain aktiviti sediada.

No comments:

Post a Comment