Friday, January 7, 2011

Kejohanan Futsal-Anjuran JKKK Panchur Sejuk bersama Pemuda UMNO Cawangan Hilir Darat Batu Rakit.

YB Haji Khazan bergambar kenangan dengan Jawatankuasa Penganjur,Jawatankuasa Pemuda dan para pemain sebelum perlawanan akhir.

BATU RAKIT (PANCHUR SEJUK) Sebanyak 8 pasukan telah menyertai Kejohanan Futsal anjuran JKKK Panchur Sejuk bersama Pemuda UMNO Cawangan Hilir Darat. Pertandingan yang berlangsung pada 1hb dan 2hb Januari ini telah diadakan secara liga 2 kumpulan. Sebanyak empat pasukan mewakili setiap kumpulan.

Pemenang menerima hadiah dari YB Haji Khazan.(empat dari kanan)

Menurut Encik Azmi Seman selaku Pengerusi Penganjur Pertandingan yang juga Pengerusi JKKK Panchur Sejuk,kejohanan ini merupakan satu kerjasama yang baik dikalangan para pemuda-pemuda untuk mengeratkan lagi kerjasama sesama mereka. Ianya juga adalah aktiviti yang sentiasa diadakan untuk mengelakkan para pemuda dari terjerumus kearah perkara yang tidak berfaedah.

Perlawanan yang sedang berlangsung.

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Futsal Wakaf Chagak ini bermula pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Haji Khazan bin Che Mat.Tempat pertama berjaya memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM300.00,manakala kedua pula RM200.00 dan ketiga keempat sebanyak RM100.00. Pertandingan ini juga turut dimeriahkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit.

Bersemangat-para pemain berusaha menjaringkan gol.

"Semoga pertandingan seperti ini akan terus dilakukan dan sentiasa mendapat sokongan dari pihak-pihak yang terbabit"tambah Encik Azmi lagi. Beliau juga mengharapkan agar para pemuda sentiasa memberikan komitmen yang begitu tinggi pada segala program yang dilakukan oleh JKKK yang terlibat.


CERITA DAN GAMBAR: AZMI SEMAN


OLEH:MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment