Friday, March 30, 2012

PP, KPD Sepakat Dalam Sukan

foto0837
SUKAN - Peserta bergilir membaling belon air
foto0828
Masing sepakat mencari bola pingpong
RHU TAPAI, SETIU – Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) telah mengadakan program turun padang pada setiap bulan ke lapan-lapan parlimen di Terengganu bermula di Parlimen Besut pada bulan lepas. Program Team Building Siri 2 telah diadakan di Parlimen Setiu bertempat di Sutra Beach Resort, Rhu Tapai, Setiu pada 27 dan 28 Mac 2012 baru-baru ini. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Negeri, Haji Assaari Idris.

foto0844
Sepakat sembunyikan simpulan tali
          Berbagai acara telah disediakan selain mesyuarat bulanan jabatan yang menjadi teras program turun padang dengan pembentangan kertas-kertas laporan, pihak urusetia program sukan telah diberi tugas kepada Ketua Penyelia DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah bersama kakitangan di bawahnya menyusunatur program sukan pantai pada sebelah petang.
foto0851
KOLAM - acara menyelam paling lama
          Peserta yang terlibat dengan acara sukan terdiri semua Pegawai Penyelia setiap parlimen (8 orang), Ketua-Ketua Penyelia DUN (32 orang) dan Kakitangan Ibu Pejabat APMT diketuai oleh Penolong Pengarah, Mohd Fauzi Muda. Mereka sepakat berganding tanpa mengira jawatan berada dalam kumpulan campuran menyertai acara Mencari Bola Kasih, Mencari Bola Misteri, Balingan Kasih, Mencari Simpulan Kasih dan Menyelam Paling Lama. Kesemua acara telah diadakan di kawasan pantai dan kolam milik Sutra Beach Resort.
foto0825
URUSETIA - APMT Batu Rakit
         Ketua Penyelia DUN Ajil, Mustaffa Mamat berjaya menerima sebagai peserta terbaik pada majlis sukan kerana menemui Bola Misteri dengan wang tunai RM50.00 dan Juara dalam acara menyelam paling lama mengatasi peserta lelaki dan wanita. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh EXCO Pertanian dan Asas Tani Negeri merangkap ADUN Langkap dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiu, Haji Assaari Idris pada Majlis Jamuan Bersama Pengarah APMT.




SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment