Friday, March 30, 2012

Malam Kenangan Bersama Pengarah APMT

foto0854
foto0855RHU TAPAI, SETIU -  Sempena majlis Team Building Siri 2, pihak urusetia program telah mengadakan acara mengenang jasa bakti semua Pegawai Penyelia Parlimen, Ketua Penyelia DUN dan kakitangan ibu pejabat Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT). Majlis telah diadakan di Dewan Teratai, Sutra Beach Resort, Rhu Tapai, Setiu pada jam 9.00 malam 27 Mac baru-baru ini. Berbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan suasana program, Pegawai Penyelia Parlimen Setiu, Haji Ismail Saamah dengan bantuan petugas dibawahnya terdiri anggota APMT DUN Jabi, DUN Permaisuri, DUN Langkap dan DUN Batu Rakit telah menyusunatur dengan jayanya.

foto0852
KIRI - YB EXCO Pertanian dan Asas Tani
          Majlis ucapan telah didahului Ketua Penyelia DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah mewakili Pegawai Penyelia Parlimen Setiu (kerana uzur), diikuti ucapan Pengarah APMT, Haji Roshali Taha. Manakala ucapan perasmian dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Negeri, Haji Assaari Idris. Persembahan nyanyian karaoke oleh beberapa orang anggota APMT sebagai penyeri majlis makan malam sempena penyampaian hadiah sukan dan cabutan bertuah serta cenderahati kenangan kepada semua PPP, KPD dan kakitangan ibu pejabat.

foto0853
BERSONGKOK - Hj Md Ali Abdullah
          “Yang Amat Berhormat Dato Seri Haji Ahmad Said, selaku Menteri Besar amat berharap kerja-kerja kita dapat membantu kerajaan dalam menangani gejala yang kurang sihat sebagaimana tuduhan oleh pihak pembangkang.” jelas Haji Roshali Taha, pengarah APMT ketika berucap pada majlis berkenaan. “Kita hendaklah peka dan bertanggungjawab dengan tugas yang telah diamanahkan dengan mengemaskini data-data berkaitan bagi menjamin kemenangan kerajaan Barisan Nasional”, sambung beliau lagi.
foto0859
BERSONGKOK - Pengarah APMT
          Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Negeri, Haji Assaari Idris berkata “semua jentera parti hendaklah sentiasa siap sedia melaksanakan tugas-tugas sebagaimana hasrat pucuk pimpinan dari masa ke masa.” Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiu menyarankan agar APMT perlu bersikap jujur dalam memikul peranan sebagai anggota yang dibayar elaun dalam menentukan kerajaan hari ini kekal pada Pilihanraya Umum 13 nanti. Beliau memberi pandangan ketika berucap pada majlis perasmian program Team Building Siri 2.
foto0866
KANAN - Dato Mamat Ghazali Abd Rahman
         Beliau telah menyampaikan hadiah-hadiah sukan kepada pemenang-pemenang dan penerima-penerima cabutan nombor bertuah sebaik selesai majlis ucapan perasmian. Manakala hadiah kenangan kepada Pegawai Penyelia Parlimen, Ketua Penyelia DUN dan kakitangan Ibu Pejabat APMT telah disampaikan oleh Haji Roshali Taha selaku Pengarah APMT.
 




SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment