Sunday, March 4, 2012

Foto0649

Foto0682
Ahli Parlimen Setiu
BATU RAKIT – Ahli Parlimen Setiu, Dato Haji Mohd Jidin Shafee berkata “mengikut rekod senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi siri kedua dan ketiga yang akan diberi kepada penerima dalam DUN Batu Rakit adalah seramai 2,082 orang. Ini tidak termasuk senarai penerima di Pulau Redang yang berjumlah 271 orang.” jelasnya ketika merasmikan Majlis Penyampaian BR1M peringkat DUN Batu Rakit . “Dengan lain perkataan bila dicampur jumlahnya 2,353 orang semuanya. “ katanya lagi.

Foto0646
Tumpuan di depan kaunter bayaran BR1M
          Majlis telah diadakan di Dewan Sivik Batu Rakit. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu, seterusnya berkata, “penyerahan kepada penerima akan diadakan pada 28 Februari ini, kerana masalah lojistik.” “Sumbangan ini adalah keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.” sambungnya lagi.
Foto0647
Orangramai berurusan dengan pegawai BSN
          Beliau menyarankan kepada semua penerima hendaklah berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional dan jangan lupa bersyukur kepada Alah. Ingatlah pesanan orang-orang tua dahulu, “Budi yang baik hendaklah dikenang’, dan Jangan jadi macam kacang lupakan kulit.
Foto0653
KPPD Setiu, Mohamad Ridwan Mohd Noor
          Selain kakitangan Bank Simpanan Nasional Kuala Terengganu, Pejabat Daerah Setiu, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) dan Polis DiRaja Malaysia akan membantu semua penerima bagi melancarkan program berkenaan. Petugas yang diberi tanggungjawab untuk dua hari berturut-turut seramai 50 orang.
Foto0654
Dato Hj Abd Rahman Yasin (kemeja putih)
          Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu (Pembangunan Masyarakat), Mohamad Ridwan Mohd Noor, Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar Hashim, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Haji Abd Rahman Mat Yasin.



SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment