Friday, March 23, 2012

246 Orang Layak Terima ....

Foto0788
Foto0789WAKAF CHAGAK – Seramai 246 orang layak terima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  dalam DUN Batu Rakit. Nama-nama penerima telah berada dalam senarai BR1M bagi siri 4 dan siri 5. Majlis penyerahan baucer dan wang telah diadakan di Dewan Bestari Wakaf Chagak, Batu Rakit baru-baru ini.

Foto0790
          Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah menyempurnakan majlis penyerahan bantuan tersebut kepada penerima bagi kali keempat berturut-turut. Sebelum ini, beliau telahpun melaksanakan tugas di Dewan Serbaguna Wakaf Chator bagi siri 1. Manakala siri 2 dan siri 3 telah diadakan di Dewan Sivik Batu Rakit dan Balairaya Kg Pulau Redang.
Foto0796          “Kita wajib bersyukur kepada Allah, kerana menjadi rakyat Malaysia. Negara kita aman tanpa sebarang gempa bumi, gunung berapi, tsunami dan rusuhan.” katanya ketika berucap di hadapan penerima BR1M. “dan hendaklah berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional di atas sumbangan ini.” sambungnya lagi.
Foto0800
          “Cuba kita fikirkan, kerajaan Barisan Nasional melalui kepimpinan yang bijak, cekap dalam pengurusan kewangan, sudah banyak membantu rakyat bermula sebelum kahwin, sesudah berumahtangga kepada kelahiran anak-anak.” Jelas beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Setiu. “Di tambah pula dengan bantuan persekolahan hingga ke menara gading. Sulit kita nak cari kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya sepertimana Kerajaan Barisan Nasional” katanya lagi. 

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment