Saturday, March 10, 2012

PEWARTA Bersama KARYA

foto0746
BATU RAKIT, 10 Mac – Yang Berhormat Senator, Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar berkata “selepas ini, pihak Ajk PEWARTA dan KARYA perlu bergerak mencari ahli seramai mungkin di setiap daerah bagi menambah keahlian.”. Beliau menyarankan ketika berucap sempena majlis perasmian Mesyuarat Agung Ke5 Persatuan Wartawan Terengganu (PEWARTA) dan Persatuan Karya Negeri Terengganu (KARYA) hari ini. Majlis telah diadakan di Bilik Seminar Ulik Mayang, Taman Budaya Negeri Terengganu, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, 30 km dari sini. 
Foto0748
YBS Dato Hj Abdul Rahman bersama Hj Adam Sulong
          Beliau berharap kedua-dua persatuan NGO ini dapat bergerak seiring dengan mengadakan aktiviti yang boleh menampakkan kesungguhan beroperasi sebagaimana tujuan asal penubuhannya. InsyaAllah pihak kerajaan sentiasa sedia membantu jika peneraju dapat mempersembahkan beberapa cadangan yang dapat menarik minat pihak-pihak berkaitan.
Foto0750
Cenderahati disampaikan oleh Hj Adam Sulong
         Beliau memaklumkan bahawa peruntukan yang diluluskan oleh Yang Amat Berhormat kepada badan-badan NGO baru-baru ini, masih belum diagihkan kepada mana-mana persatuan. Untuk itu, beliau dan jawatankuasa di bawahnya akan bermesyuarat dalam bulan ini bagi mengenalpasti kelayakan NGO sebelum diagihkan mengikut kekerapan mengadakan aktiviti sebelum ini. Jelasnya sebagai pengerusi Badan Ngo Negeri Terengganu.
Foto0752
Hj W. Ahmad Ismail (2 dr kiri) Hj Mohamed Jusoh (2 Kanan)
          Pada mesyuarat agung kali ini, Presiden PEWARTA diberi kepada Haji Mohamed Jusoh (bekas Timbalan Preiden) melalui cadangan presiden lalu, Haji Adam Sulong memegang jawatan Timbalan Presiden, hasil persetujuan bersama bagi penggal 2012/2014.  Manakala dua orang dari DUN Batu Rakit, Mohamad Abdullah dan Mohd Azahar Othman telah dikekalkan menduduki jawatankuasa PEWARTA. Selain itu, Mohd Azahar Othman, pegawai di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu dipilih sebagai Ajk KARYA yang baru, pada sesi kedua selepas itu.
Foto0751
         Bagi mesyuarat agung KARYA pula telah mengekal Haji Wan Ahmad Ismail sebagai Presiden dan Haji Mohamed Jusoh sebagai Timbalan Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari. Sebelum itu, Yang Berhormat Senator Dato Haji Abdul Rahman Bakar yang juga Pegawai Pembangunan Parlimen Marang telah bersetuju membiayai perbelanjaan makan-minum kali ini.
Foto0754
YBS Dato Hj Abdul Rahman Bakar sedang ditemuramah oleh pemberita
         (rujuk :wakafchagak.co.cc)





SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment