Saturday, March 24, 2012

95 Ahli Peladang Dapat Anak Benih

Foto0795
Peladan bergambar dengan Dato' Haji Mohd Jidin Shafee
WAKAF CHAGAK – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maras/Batu Rakit telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Anak-anak Pokok di bawah MP3 kepada 95 orang ahli peladang baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Dewan Bestari Wakaf Chagak, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah menyempurnakan bantuan tersebut dalam bentuk penyerahan surat tawaran.

Foto0794
Dato' Hj Mohd Jidin Shafee
           Beliau yang juga Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) dan Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu menyarankan kepada semua peladang yang berjaya menerima bantuan di bawah MP3, hendaklah bersyukur di atas pemberian dari kerajaan pusat. Peladang yang terima adalah bagi tanaman nenas 50 orang, tanaman tembikai 20 orang, tanaman fertigasi 15 orang dan tanaman kelapa sawit 10 orang. Semua peladang yang berjaya dikehendaki menandatangan penerimaan anak-anak benih berkenaan di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Maras/Batu Rakit, 3 km dari sini pada waktu pejabat.
Foto0786
Hj Mohd Zulkarnain Junid

           Turut hadir pada majlis tersebut, Haji Mohd Zulkarnain Junid mewakili pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri Terengganu, Pengurus Besar PPK Maras/Batu Rakit, Syed Nazuan Syed Jaafar, Pengerusi-Pengerusi JKKK dalam DUN Batu Rakit dan dhif-dhif jemputan serta ahli-ahli peladang yang terpilih untuk menerima bantuan berkenaan. Pada majlis sama, wakil pengarah LPP, Haji Zulkarnain Junid berkata “dengan penerimaan anak-anak benih, semua peladang yang berjaya hari ini, hendaklah berusaha berlipat ganda lagi, agar menjadi peladang contoh kepada ahli-ahli lain, terutama dalam kawansan Maras/Batu Rakit.”




SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment