Monday, December 12, 2011

JKKK Bukit Wan Terus Cemerlang..

Barisan JKKK Bukit Wan dan para Penghulu Mukim merakam kenangan bersama YB Haji Khazan dan Pegawai Daerah Haji Wan Nawawi

BATU RAKIT (5/12/2011) Selama dua tahun berturut-turut JKKK Bukit Wan telah berjaya memenangi Anugerah JKKK Cemerlang peringkat Daerah Kuala Terengganu yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00.

Pengerusi JKKK Bukit Wan menerima hadiah kemenangan dari Haji Wan Nawawi.

Majlis yang berlangsung di Dewan Besar Taman Tamadun Islam (TTI) ini dan disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu Haji Wan Nawawi Wan Ismail turut dihadiri oleh sebanyak 292 JKKK dari seluruh Daerah Kuala Terengganu.

Barisan VIP yang hadir bersama memeriahkan majlis anugerah

Pada majlis ini JKKK Padang Maidin telah menjadi Naib Johan dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00,manakala JKKK Teluk Ketapang pula ditempat ketiga dengan hadiah kemenangan sebanyak RM2,000.00. Sementara itu pula sebanyak 23 JKKK dari 292 didalam Daerah Kuala Terengganu telah dipilih untuk menerima saguhati sebanyak RM500.00. Bagi Dun Batu Rakit,JKKK Gong Lingai,JKKK Padang Polis dan JKKK Bukit Nenasi telah berjaya menerima saguhati tersebut.

JKKK dari Dun Batu Rakit yang turut bersama hadir.

Sementara itu bagi Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chek Harun Ismail,beliau amat berbangga kerana JKKK Bukit Wan telah terpilih bagi kali kedua memenangi anugerah tersebut.Menurut beliau,kemenangan tersebut sebagai salah satu galakkan untuk JKKK Bukit Wan terus berusaha mencapai kejayaan.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment