Saturday, December 10, 2011

AP Setiu Beri Taklimat BR1M

Foto0285
TAKLIMAT - Pengerusi JKKK sedang mendengar taklimat
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT – Pengerusi-pengerusi  JKKK dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Rakit telah diberi taklimat khas mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bertempat di Pejabat Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Tingkat Atas, Rumah Kedai MBKT dekat sini pada 7 Disember 2011 jam 10.00 malam. Wakil penyelaras pemuda bersama penggerak masyarakat di peringkat kampung turut diundang oleh pihak penganjur.

Foto0280
Dato Hj Mohd Jidin Shafee
          Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah menyampaikan taklimat berkenaan kepada 50 orang tetamu pada malam tersebut. Beliau yang baru tiba dari Kuala Lumpur melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu terus ke majlis yang dirancang secara ad-hoc. Difahamkan pihak Kementerian Kewangan Malaysia telahpun mengadakan taklimat berkaitan kepada ahli-ahli parlimen dua hari sebelum itu di Kuala Lumpur.
Foto0280        Semua Ketua Keluarga yang berkahwin layak menerima bantuan RM500.00 jika pendapatan mereka termasuk tanggungan di bawah RM3,000.00 sebulan, jelas beliau kepada peserta. “Jika dalam sebuah rumah ada anak-anak yang sudah berkeluarga adalah dikira layak untuk diberi bantuan BR1M.”, sambungannya lagi. Majlis diperjelaskan lagi, anak-anak sebagai tanggungan yang belum berkahwin adalah tidak layak sama sekali.
Foto0281         “Kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas dikategori sebagai warga emas dan layak diberi bantuan sama walaupun sebatang kara. Begitu juga golongan bapa tunggal atau ibu tunggal tidak boleh diketepikan kerana mereka pun layak” jelas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu.
Foto0283          Borang-borang pendaftaran akan diedarkan mulai 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012. Pengedarannya melalui pusat-pusat yang akan ditentukan oleh pihak berkaitan khususnya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ataupun mana-mana jabatan kerajaan. Selain itu, tindakan melalui Pejabat Daerah akan gunapakai pejabat Wakil Rakyat (AP / ADUN), Pegawai Penyelaras, JKKK ataupun Ketua Kampung.
Foto0282          Pembayaran BR1M akan dilaksanakan dalam majlis penyampaian selama tempoh dua bulan bermula 15 Januari tahun depan. Sekiranya penerima tidak dapat menghadiri majlis penyampaian tersebut, mereka boleh menuntut baucar di Pejabat Daerah berdekatan.  
       

No comments:

Post a Comment